“Kami nak penonton enjoy the show” Mierul Aiman respon babak cium buat ramai terkejt

Pelakon, Mierul Aiman menjelaskan tentang adegan bercium antara Daiyan Trisha dan Hun Haqeem di dalam drama W Two Worlds yang telah menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan warganet.

Pengarah & pelakon berbincang
cium daiyan hun

Ketika ditemui OhBulan!, Mierul atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Aiman Norazam berkata setiap babak di dalam drama tersebut akan melalui satu proses perbincangan terlebih dahulu sebelum ianya dilakukan.

Pembikinan W Two Worlds sangat-sangat kompleks maksudnya daripada ‘production value’. Pihak produksi meletakkan pelbagai tenaga, bajet..untuk menerbitkan cerita ini.

Kami sebagai pelakon dalam drama ini, kami dipandu melalui skrip dan juga arahan pengarah jadi setiap kali babak kami akan ada ‘table talk’. Kita akan melalui proses itu dalam setiap babak seperti mana babak tersebut (adegan cium) yang terjadi.

Dalam pada itu, Mierul juga percaya bahawa pengarah iaitu Datuk Yusry Abdul Halim serta barisan pelakon telah bersepakat untuk menjayakan adegan tersebut.

Difahamkan drama berkenaan juga telah pun melalui proses penapisan sebelum ia ditayangkan.

Kami percaya ketika masuk ke set penggambaran objektif pertama adalah untuk kita menceritakan apakah babak itu dan ianya perlu disampaikan dengan jelas kepada penonton. Mata penonton adalah mata pengarah.

Saya percaya babak itu mereka ada table talk bersama dengan pengarah dan mereka duduk berbincang tentang bagaimana untuk menjayakan lakonan. Pelbagai lapisan kami lalui sebelum drama itu diterbitkan.

Mierul berkata demikian di sidang media drama The Cadets yang berlangsung di Pavillion, Kuala Lumpur pada Selasa.

Aktor berusia 25 tahun ini juga berharap agar matlamat utama penceritaan drama tersebut dapat difahami oleh penonton.

Apa yang saya boleh komen adalah kami berusaha sedaya upaya untuk menceritakan objektif babak itu dan menyampaikan pengalaman dan perasaan itu dengan tepat.

Saya harap penjelasan babak pada naskah itu sampai kepada penonton. Kami nak penonton ‘enjoy the show’ dan sebagai pelakon kami pun kami nak tengok bagaimana babak-babak itu ‘dijahit’.

Untuk info, drama yang berkisarkan tentang perjuangan empat sekawan kadet bomba yang menghadapi pelbagai cabaran mental dan fizikal. Selain Mierul, The Cadets turut dibintangi oleh Hawa Rizwana, Fimie Don, Adlin Aman Ramlie, Jazmy Juma dan Bella Dowanna.

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *