“Kalau nak kacau sangat, tunggu aku cerai Ok?” Berang kehidupan dan keluarga diganggu. Fara Salleh sound tepat Rossa Sera

Tiada angin tiada ribut, pempengaruh Fara Salleh mendakwa bahawa bekas isteri Shuk Sahar iaitu Rossa Sera mengganggu hidup dirinya dan keluarga.

Menerusi hantaran di Instagram Storiesnya (IGS), Fara dilihat meminta Sera dan seorang lagi individu bernama Rohanah untuk tidak mengganggunya.

Malah, dia juga menegaskan bahawa permintaan tersebut adalah sebagai amaran terakhir untuk keluarga Sera.

“Rohanah & Rossa Sera. Stop ganggu hidup aku dan keluarga aku!!!! Stop ganggu semua urusan hidup aku. Last warning untuk keluarga ni,” tulisnya.

Fara Salleh

Pada hantaran lain pula, Fara menyifatkan Sera sebagai iblis dan hanya berlakon baik.

Bukan itu sahaja, Fara juga menyatakan untuk tunggu dirinya bercerai sekaligus mencetuskan tanda tanya mengenai hubungan terkininya dengan Shuk Sahar.

“Kalau kau nak ganggu sangat. Kau tunggu aku cerai ok? Tak payah acah acah baik padahal kau bapak segala iblis Sera,” katanya lagi.

Fara Salleh

Sebelum ini, Fara mendedahkan bahawa dia dipukul berkali-kali dan telah membuat laporan polis ketika di Pulau Pinang.

Terdahulu, Fara didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera dengan menjadi orang ketiga.

Sumber : xtra

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *