“Kalau kena cerai, ramai yang nak” Sajat sifatkan Aisyah Hijanah Istri yang sempurna

Pempengaruh Sajat tampil meraih perhatian dalam kalangan netizen selepas mendengar kelantangannya mempertahankan nasib kaum wanita susulan isu rumah tangga personaliti media sosial, Alif Teega dan Aisyah Hijanah.

Baru-baru ini, pempengaruh Islamik, Alif telah memaklumkan dirinya sudah pun berkahwin dengan wanita yang bernama Fatin Umaidah, sejak 18 November lalu.

Terpanggil mengulas isu tersebut, Sajat menyifatkan Aisyah sebagai seorang wanita yang sempurna dan sangat tabah.

“Dah dapat yang baik pun kadang-kadang kita lupa. Kadang-kadang kita tak menghargai. Bila kita ada banyak duit, banyak orang yang dengki. Banyak orang tak senang duduk termasuklah juga hubungan.

“Dalam hubungan ni, kalau kita dah terlalu banyak sangat duit, ada benda je yang kurang pada kita. Sebenarnya benda tu dah cukup. Untuk mereka yang membuat keputusan, isteri awak tu dah cukup perfect sebenarnya.

“Beristeri dua ke apa tu bukan tentang soal jodoh. Ini adalah soal kehendak. Sebab tu dalam hidup ni ada kehendak dan keperluan.

“Kalau keperluan semuanya dah cukup. Dah ada keluarga, bini yang cantik, lawa, terkenal, pandai jaga aurat, pandai masak. Apa lagi yang tak cukup?,” katanya.

Simpati dengan nasib Aisyah, Sajat turut meluahkan kebimbangannya terhadap kesihatan pempengaruh itu memandangkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga.

Namun, Sajat menganggap Alif akan berputih mata sekiranya dia menceraikan isteri pertamanya itu kerana akhlaknya yang sangat baik dan sempurna.

“Saya tak faham kenapa orang dapat bini lawa pun macam tu perangai. Alif, apa yang tak cukup?

“Aisyah ni kira bagus sebab dia seorang wanita yang tabah. Setengah orang boleh terima, ada setengah orang tak boleh terima. Sekarang awak akan bahagia. Tapi, pasangan wanita tu akan depress tau tambah pula dia mengandung.

“Patutlah lepas Alif, ada Ba sebab bahalul betul. Takpalah Alif, itu yang kau pilih. Tapi kau kena ingat bini kau tu kalau kena cerai ramai yang nak,” jelasnya.

Sumber : xtra

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *