“Kalau introvert, tak payah keluar rumah” Madammu dikcam teruk beli semua tiket wayang sebab alasan ini saja

Gara-gara mahu menonton wayang dalam keadaan tenang, usahawan kosmetik iaitu Madammu bertindak membeli kesemua tiket wayang di sebuah pawagam.

Hanya Madammu & suami

madammu pawagam

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri dilihat bersama suami di dalam sebuah panggung wayang.

Menurut Madammu, dia memiliki personaliti introvert justeru mengambil tindakan untuk ‘mengosongkan’ pawagam tersebut.

Sejenis introvert! Jadi kita beli semua seat.

Menjengah ke ruangan komen, tindakan usahawan jelita itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet antaranya, segelintir mereka mengagumi kekayaan yang dimiliki Madammu dan ada juga yang meluahkan perasaan kurang senang.

Bestnya jadi madam.

Kan lebih baik beli ‘gold class’ atau tiket platinium.

Sebelum kaya boleh je nak tengok wayang ramai-ramai, lepas kaya tiba-tiba introvert. Kejap lagi mesti kena serang dengan pentaksub.

Membazir itu amalan siapa?

Tinjauan OhBulan! mendapati Madammu turut membalas komen-komen berkenaan dengan positif meskipun ada yang mengkritik tindakannya

@madammmmuSejenis introvert! Jadi kita beli la semua seat.

♬ original sound – madammu

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *