“Kalau dia bersikap begitu tak apa la..” perkara yg ditakuti Yusuf terjadi juga.. genap setahun Ira menjadi menantu

PENERBIT Datuk Yusof Haslam memberitahu anaknya iaitu Syamsul masih belum pulang ke rumah meskipun sebelum ini beberapa kali meluahkan hasrat bertemu.

Kata Yusof, 70, dia tidak berhubung dengan Syamsul dan terus berdoa agar anaknya itu akan terbuka hati untuk datang berjumpa keluarga.

“Dia (Syamsul) tidak berhubung dengan saya. Mungkin dia sedang sibuk menjalani penggambaran filem yang difahamkan akan ditayangkan hujung tahun ini.

WhatsApp Image 2024-03-03 at 14.18.39

Yusof serahkan segalanya kepada Allah SWT.

“Tidak mengapalah dia tidak pulang. Sebagai orang tua saya harus berfikiran matang. Kalau anak bersikap sebegitu, saya tak boleh buat perkara sama.

“Kita serahkan semuanya kepda Allah untuk menentukannya. Setiap kejadian yang dah berlaku kita tak boleh ubah,” katanya kepada mStar.

Yusof ditemui ketika majlis pelancaran Al Aqsa Carpet Factory Outlet milik pelakon Dazrin Kamaruddin yang berlangsung di Shah Alam pada Ahad.

Tambah Yusof dia juga belum bersua muka dengan dengan isteri Syamsul iaitu Ira Kazar selepas mereka bernikah pada Januari tahun lalu.

Malah Yusof juga enggan memberi komen lanjut tentang hubungannya dengan Ira kerana tidak mahu mengguris hati isteri iaitu Datin Patimah Ismail.

“Soal berjumpa itu saya tidak mahu komen. Biarlah masa dan keadaan menetukan.

“Saya pun mahu menjaga hati isteri. Tak mahu hubungan dengan isteri jadi keruh hanya kerana perkara ini. Harapnya ada kejernihan dalam hubungan kami sekeluarga,” ujarnya.

Menurutnya lagi kemungkinan Syamsul masih terasa hati sehinga dia mengambil keputusan menjauhkan diri dan tidak menghubungi keluarga.

“Tiada anak yang tak sayangkan ibunya. Mungkin dia masih merajuk atau terkilan.

syam 2

Yusof sentiasa menanti kepulangan Syamsul.

“Sempena nak sambut Ramadan dan Syawal ini kita doakan yang terbaik,” jelasnya.

Untuk rekod Syamsul mengumumkan dia bernikah dengan Ira di Thailand pada 6 Januari 2023.

Kemudian pada 14 Jun 2023, Syamsul sah bercerai talak satu dengan pelakon Puteri Sarah Liyana.

Yusof sebelum ini juga pernah memberitahu Syamsul sudah lama tidak pulang ke rumah tanpa mengetahui apa punca sebenar.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *