“Kalau Anuar Zain mrah confirm Shuk salah!” saya takda niat nak kecilkan hati abang, Shuk sahar menangis

Pelawak dan pengacara, Shuk Sahar, mengungkapkan bahawa dia pernah berjenaka dengan Anuar Zain hingga menyebabkan penyanyi tersebut merasa terluka.

Dalam sesi podcast Okletsgo.sg, Shuk, atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, menyatakan bahawa dia tidak menjangka lawak jenakanya dalam situasi tersebut telah menyebabkan penyanyi tersebut terasa hati.

Shuk menegaskan bahawa dia sama sekali tidak mempunyai niat untuk melakukan sesuatu yang sedemikian.

“Masa itu saya kena kendalikan konsert (jadi pengacara majlis) dan waktu itu tengah ‘rehearsal’, Saya ada cakap sesuatu yang sejujurnya saya tak ada niat nak mengata atau buatkan Anuar Zain terguris hati…”-Katanya

“Nak dijadikan cerita, Anuar Zain yang ada di atas pentas ketika itu terus turun dari pentas sebab Saya ada cakap sesuatu yang sejujurnya saya tak ada niat nak mengata atau buatkan Anuar Zain terguris hati…”-Katanya

“Nak dijadikan cerita, Anuar Zain yang ada di atas pentas ketika itu terus turun dari pentas sebab terasa dengan gurauan saya…”- Katanya lagi

Dalam situasi tersebut, Shuk kemudian berjumpa dengan pelantun lagu ‘Sedetik Lebih’ tersebut untuk memohon maaf sebelum konsert berlangsung. Yang menakutkan Shuk adalah apabila Anuar tersinggung dan bertanya tentang motif di sebalik lawak yang dibuatnya.

“Lepas itu saya jumpa PA Anuar Zain tanya dia, ‘Boleh tak saya nak jumpa dengan abang Anuar?” Sebab konsert nak berjalan dah, tak akanlah saya nak bawa ‘mood’ yang tidak baik ke atas pentas…”- Jelasnya

“Selepas itu, saya pun ketuk pintu dan masuk ke dalam bilik Anuar Zain. Waktu itu dia tengah buat rambut, terus dia tengok saya dan kata, ‘Kau buat lawak apa tadi? Ingat kelakar ke benda itu?”…” Jelasnya lagi

“Saya bagitahu dia, ‘Saya tak ada niat nak cakap macam itu dan tak ada niat langsung nak kecil kan hati abang. Kalau abang rasa saya salah, saya minta maaf sangat-sangat’. Tapi dia diam saja lepas itu dia suruh saya keluar daripada bilik itu. Saya tahan mata, keluar dan bila saya tutup ja pintu bilik itu, saya terus menangis…”

Sumber : utusan / obulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *