“Jumlah semua rupanya bukan rm75k?” Ali Puteh terjah ke rumah kakak Ipar bayar hutang

Ali Puteh hari ini telah hadir ke kediaman kakak iparnya, Hidayah untuk membayar hutang berjumlah RM75 ribu.

Hutang itu merupakan pembayaran yang diarahkan oleh mahkamah setelah Ali tewas kepada Hidayah dalam kes mahkamah.

Ali hadir bertemu dengan Hidayah untuk selesaikan pembayaran hutang berkenaan untuk akhiri persengketaan di antara mereka.

“Saya yang berhutang jadi saya datang sendiri untuk bayar.” Itu antara komen dari Ali.

Dalam satu video, wakil keluarga Hidayah ada meminta Ali untuk deposit wang berkenaan atau pun diberikan kepada pihak peguam untuk menguruskannya.

Selain itu, Ali juga ada membuat satu surat yang meminta Hidayah tidak lagi memetik namanya mahu pun ganggu dirinya dan keluarga selepas selesainya hutang di antara mereka.

“Saya ada buat surat ini, harap dapat sain. Sebab saya berharap dengan selesainya urusan ini tiada lagi sebarang kenyataan mahupun dakwa tentang urusan hutang ini.”

“Harapnya Hidayah dan keluarga dapat beri kerjasama dan sekiranya ada perkara berbangkit saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.”

Hidayah turut tanda tangan surat akuan berkenaan.

Ini video pertemuan antara Ali dan juga Hidayah.

Sebelum pulang, Ali juga mahu bertemu dengan anak buahnya iaitu Hamzah, anak arwah Abam dengan Hidayah.

“Ni saya ada bawa anak-anak saya , semua ada dalam kereta. Kalau boleh nak jumpa sepupu mereka, Hamzah.”

“Dia dah bangun, kalau boleh nak jumpa, takkanlah nak jumpa anak buah pun kena peguam.”

Akhirnya Ali Puteh dan keluarga dapat berjumpa dengan anak buahnya Hamzah.

“Salam Pak Ngah. Salam ni kakak, ni adik. Hamzah, Pak Ngah tak ada apa nak bagi. Ini duit belanja Hamzah.”

“Boleh saya cium anak buah saya? Empat tahun saya tak pernah tengok dia, ini kali pertama. Boleh saya cium dia ye? Dah empat tahun saya tidak berjumpa dia.”

Dengan ini, maka berakhirnya kisah hutang piutang di antara Ali dengan Hidayah, diharapkan kisah ini akan menjadi teladan buat semua.

Sama-sama kita doakan agar segala urusan Ali Puteh dan Hidayah akan dipermudahkan selepas ini.

Sumber : newstel

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *