Semasa

“Jangan tud0h, bapa PU Riz usahawan berstatus Datuk Seri”-Ayu Puteh

KEMELUT hubungan selebriti terkenal Neelofa dengan Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail yang didakwa sudah berakhir dan dikaitkan dengan pelbagai tuduhan buruk telah menarik perhatian penerbit Datuk Ayu Puteh untuk memberikan pendapatnya.

Ayu atau nama sebenarnya Normashayu Puteh, 44, berkata, dia mengenali ahli keluarga dan bapa pendakwah itu iaitu Datuk Seri Ismail sejak 15 tahun lalu kerana mereka berada dalam satu persatuan perniagaan yang sama.

Justeru itu, Ayu berkata, adalah agak mustahil tuduhan mengatakan pendakwah itu dan keluarganya mempunyai niat buruk terhadap Neelofa yang melibatkan wang seperti tersebar di laman sosial.

 

Foto PU Riz (kiri) bersama Da’i Syed di hadapan Food Station miliknya.

Malah, Ayu menegaskan PU Riz juga memiliki perniagaan makanan sendiri yang kini sudah mempunyai 10 cawangan di seluruh Malaysia.

“Saya kenal PU Riz sejak umur dia 10 tahun dan tak salah saya, ketika itu dia masih di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Besut, Terengganu. Walaupun tak rapat tapi saya tahu dia lelaki yang baik dan sesuai untuk dijadikan suami.

“PU Riz urus perniagaan bersama keluarga iaitu Food Station yang sudah ada lebih 10 outlet dalam Malaysia. Tapi masih ada segelintir pihak yang tuduh kata PU Riz kaya sebab ibu bapa dia.

“Bapa dia sentiasa berikan yang terbaik untuk anak-anak, didikan agama yang cukup dan hantar sekolah agama yang terbaik. Takkan la Neelofa nak berkahwin dengan lelaki yang tak ada ilmu agama atau suami orang?

“Memang Neelofa berkemampuan tapi PU Riz juga mampu nak tanggung bakal isteri ikut kemampuan dirinya. PU Riz seorang yang berpelajaran tinggi begitu juga dengan Neelofa,” katanya kepada mStar.

Memang Neelofa berkemampuan tapi PU Riz juga mampu la nak tanggung bakal isteri ikut kemampuan dirinya.

AYU PUTEH

PENERBIT

Ayu diminta mengulas berhubung hal berkenaan kerana dia mengenali keluarga personaliti dakwah itu selain mahu menepis tuduhan kononnya PU Riz menerima habuan daripada Neelofa yang dipindahkan melalui akaun bank sebanyak RM100,000.

Dia yang juga pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa mempunyai perniagaan Food Station yang salah satunya terletak di Nu Sentral.

Untuk rekod, dalam bidang pendidikan, pemilik nama Muhammad Haris Mohd Ismail ini merupakan graduan Universiti Al-Azhar, Mesir dan memiliki Diploma Pengajian Islam.

Dia kini meyambung pengajiannya peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Undnag-Undang.

Sementara itu, Ayu turut mendedahkan bapa PU Riz merupakan ahli perniagaan yang sangat berjaya namun memiliki sikap yang sangat merendah diri serta tidak mahu dikenali.

“Saya memang kenal Datuk Seri Ismail sebab dalam satu persatuan perniagaan yang sama. Sudah 15 tahun kami kenal dan bapa dia seorang yang kaya-raya juga sebab mempunyai perniagaan yang berjaya.

 

PU Riz, Datin Noor Kartini (ibu Neelofa) dan Neelofa.

“Bapa dia memang ahli perniagaan yang berjaya tapi tidak mahu heboh dan beliau juga sangat merendah diri. Kami buat perniagaan agensi pembekal pekerja satu Malaysia. Beliau juga tak suka dunia glamor ni,” ujarnya.

Pihak mStar berjaya menghubungi PU Riz, namun pelakon itu meminta diberikan ruang untuk menyelesaikan masalahnya dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.

Pada Sabtu lalu, kisah mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz hangat diperkatakan netizen selepas adik-beradik usahawan itu berkongsi status berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada seseorang.

Selepas itu Neelofa tampil menerusi sebuah video menolak tuduhan-tuduhan yang dianggap telah menjejaskan nama baik dan maruah keluarganya pada malam Ahad lalu.

Bekas pengacara program MeleTOP itu mengikat tali pertunangan dengan PU Riz pada 1 November lalu di kediamankeluarganya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *