Hiburan

“Jangan Sampai Saya Buka Cerita, Tak Cukup Kain Nak Tutup Muka Nanti..” Sheila Rusly

Pengarah dan penerbit drama terkenal, Sheila Rusly meluahkan rasa berang apabila namanya tidak semena-mena dikaitkan dengan pelakon Janna Nick gara-gara hubungan mereka yang menjadi retak semenjak awal tahun 2019 yang lalu.

Gara-gara program hiburan kendalian Janna telah mengetengahkan segmen curahan hati yang menampilkan pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Liana maka ramai netizen ingin melihat pula Janna dan Sheila Rusly dibawa bersemuka dalam program tersebut.

Sheila Rusly yang dihubungi media telah memberi sedikit dua kata mengenai permintaan netizen untuk membawa kedua-duanya bertemu empat mata.

Ujar pelakon drama Kapten Zana ini, dia sebenarnya sudah pun memaafkan Janna Nick namun tidak mudah untuk melupakan apa yang terjadi.

Malah ketika ditanyakan adakah Janna ada menghubunginya untuk menjernihkan semula krisis antara mereka, Sheila walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Call? Mana ada dia berani. Cukup sampai sini.” ujarnya ringkas.

Dia juga kedengaran ralat dan tidak mahu menjawab persoalan mengenai punca hubungannya dengan Janna musnah.

Sehubungan dengan tindakan beberapa individu yang ‘memetik’ namanya dengan Janna, Sheila dilihat berang apabila mereka itu mengaitkan namanya tanpa sebab.

“Sis geram sebenarnya. Sis tak kacau sesiapa pun. Jangan petik isu yang boleh buat sis bersuara. Sis pendam lama isu ini. Jangan sampai saya buka cerita. Tak cukup kain nak tutup muka nanti. Sis jadi marah sebab itu fitnah.”

Dia juga menafikan dakwaan seorang pengguna twitter yang mengatakan punca sebenar mereka berdua bermasam muka adalah kerana Sheila cuba untuk menjodohkan anak sulungnya dengan Janna namun ditolak pelakon drama Marry Me Senorita itu.

“Siapa tweet ni? Kelakar rabak! PKP banyak masa nak memfitnah. Nak buka kes ke. Jom la kalau berani. Nak kenen dengan anak Sheila Rusly? Lambat lagi!” tulis Sheila dalam sebuah hantaran di Instagram Story miliknya, semalam.

“Kami Mahukan Sis Sheila Rusly Dan Janna Nick Dalam Melodi Raya..” Peminat

Tampil dengan tema ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’ untuk tayangan sempena Syawal tahun ini, program hiburan terkenal Melodi nampaknya ternyata mencuri perhatian penonton apabila telah ‘menghubungkan silaturrahim’ antara Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Liana Saleh.

Namun, ada juga yang mengecam pendekatan Melodi kerana merasakan tindakan pengacara rancangan tersebut iaitu Janna Nick dan Awal Ashaari seolah-olah tidak sensitif apabila melontarkan soalan kepada Intan Liana.

Hasil tinjauan mendapati rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan soalan yang keluar daripada mulut Janna Nick ketika sesi curahan hati antara Izreen dan Intan itu.

Antara soalan yang didakwa tidak sensitif itu termasuklah ‘sudah jumpa pengganti atau belum’ kepada Intan Liana.

Disebabkan oleh hal itu, warga maya mula mempersoalkan mengapakah Melodi tidak menjemput Sheila Rusly dalam program tersebut dalam usaha untuk menghubungkan kembali silaturrahim bersama dengan Janna.

“Tak tahulah apa depa (pasukan Melodi) cakap sampai Intan itu setuju nak datang. Dekat YouTube semua tanya ‘awat tak jemput Sheila Rusly jumpa si Janna Nick tu..”

“Kami mahukan sis Sheila Rusly dan Janna Nick dalam #MelodiRaya..” tulis seorang lagi pengguna media sosial di laman Twitter

Terdahulu, Sheila Rusly dan Janna memang diketahui mempunyai hubungan yang sangat akrab dan sekaligus menjadikan penyanyi lagu Mungkin Saja itu pilihan utama untuk menjadi pelakon utama dalam setiap drama terbitan JS Pictures.

Namun, sekitar awal tahun 2019, kedua-duanya dilihat semakin renggang di atas sebab yang tidak diketahui sehingga kini.

 

Kemelut itu bermula apabila Sheila telah memuat naik status di Instagram seolah-olah menyindir Janna namun telah dinafikan penerbit drama terkenal itu.

Jelas Sheila, apa yang terjadi antara dirinya dan Janna terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum kerana turut melibatkan ahli keluarganya.

Sumber : https://beautifulnara.com/kami-mahukan-sis-sheila-rusly-dan-janna-nick-dalam-melodi-raya-peminat-tak-puas-hati-soalan-janna-pada-intan-liana/

Gara2 Soalan Sensitif Kepada Intan Liana, Janna Nick Sekali Lagi Dikec4m Netizen

 

Pelakon dan pengacara Janna Nick sekali lagi dikecam oleh netizen gara-gara bertanyakan soalan sensitif kepada personaliti media sosial, Intan Liana Saleh mengenai calon pengganti selepas dicer4ikan oleh suaminya, Ude Wahid.

Soalan Janna Tidak Sensitif?

IKLAN

Soalan itu ditanya oleh Janna ketika segmen ‘Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih’ dalam siaran program Melodi Raya yang disiarkan semalam (Ahad).

“sudah jumpa pengganti atau belum?” tanya Janna kepada Intan yang ketika itu turut disaksikan oleh bekas madunya, Izreen Azminda

Dalam segmen tersebut, produksi Melodi telah menemukan buat pertama kalinya  Intan dan Izreen dalam program televisyen bagi melupakan persengketaan diantara mereka berikutan pelakon itu didakwa merampas suami Intan ketika itu sekitar tiga tahun lalu.

Netizen Tertanya Mengapa Tidak Jemput Sheila Rusly

Di media sosial, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan soalan-soalan yang diajukan Janna kerana disifatkan tidak sensitif dengan situasi Intan sekaligus mencetuskan amarah dan persoalan daripada mereka.

Malah tidak kurang juga, ada yang mempertikaikan segmen tersebut seharusnya turut menemukan Janna bersama penerbit dan pelakon popular, Sheila Rusly selepas kedua-duanya dikatakan mempunyai perselisihan faham sehingga ke hari ini.

Sebagai info, Intan dan Ude Wahid atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid bercerai pada 22 Mac 2018 selepas 5 tahun mendirikan rumah tangga bersama. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4. Terdahulu, Intan dan Izreen ‘sempat bermadu’ selepas pemuzik bebas itu bernikah dengan Izreen pada 8 Ogos 2017 dalam sebuah majlis tertutup.

Hasil perkongsian hidup Izreen dan Ude,mereka mempunyai seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim,2 dan pelakon itu juga sedang menghamilkan anak kedua mereka yang kini berusia 5 bulan. Menerusi perkahwinan Izreen terdahulu, dia juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Adrian Umar.

Dakwaan Izreen dan Intan dipaksa daripada Melodi, penerbit tampil cerita perkara sebenar

Kuala Lumpur: “Saya sendiri menghubungi Izreen dan juga Intan untuk mendapatkan persetujuan mereka bagi dipertemukan dalam rakaman Melodi Raya kami. Tak ada paksaan langsung,” kata Penerbit Melodi, Noradillah Abdullah atau Adeed.

Adeed dihubungi menjelaskan pihaknya sebagai media bertanggungjawab sudah melakukan urusan secara beretika yang betul dan sedikit pun tidak memaksa mana-mana pihak untuk bersetuju. Katanya, jika tak mahu atau belum bersedia boleh sahaja menolak terus.

“Ketika hubungi Intan, saya terlebih dahulu sudah jelaskan mengenai satu segmen yang kami nak buat dinamakan Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih. Segmen ini, kami (Melodi) nak pertemukan Intan dan Izreen untuk program Melodi Raya. Kalau setuju, kita nak jemput dia (Intan).

“Begitu juga, yang saya cakap pada Izreen ketika hubungi dia dan bertanya. Malah, dia (Izreen) kata boleh, tapi minta saya dapatkan persetujuan daripada Intan. Jadi, mereka dipertemukan selepas kedua-duanya bersetuju tanpa sebarang paksaan pun,” katanya kepada Harian Metro.

Ujar Adeed, Melodi juga bukanlah pihak yang cuba nak mempermainkan sesiapa. Katanya, persetujuan memang diminta terlebih dahulu dan dia tidak sesekali bertindak melulu atau bersikap memandai-mandai.

“Saya ingat jawapan yang diberikan Intan dan dia sangat profesional. Sejujurnya, saya kagum dengannya. Dia kata okay, boleh dan saya tanyakan dua kali padanya untuk ‘confirm’. Saya ulang cakap, segmen ini nak pertemukannya dengan Izreen dan dia kata, boleh.

“Di pihak kami (Melodi), memang takkan paksa. Malah, itu adalah cara kerja saya. Pada saya, kalau orang nak datang, datang. Kalau belum bersedia, mereka boleh cakap terus dan kami pun bukan jenis memaksa,” ujarnya.

Jelas Adeed lagi, pihak Melodi sebenarnya ada meminta persetujuan daripada beberapa artis lain yang didapati terkait masalah dan ingin dipertemukan untuk segmen berkenaan. Tapi, apabila mereka menolak atau salah satu pihak belum bersedia, kami akur dan menerima sahaja keputusan itu.

Terdahulu, di media sosial heboh diperkatakan oleh warganet mengenai sesi pertemuan Izreen dan Intan dalam program Melodi Raya kerana kedua-duanya saling bermaaf-maafan.

Malah, Adeed turut menepis dakwaan seorang warganet yang mempersoalkan tindakan pihak Melodi dengan menyifatkan cuba membuli Intan apabila mempertemukannya dengan Izreen pada program itu.

“Kami ada etika. Bukan buli seperti apa yang awak cakap tu. Pertemuan atas persetujuan Intan dan Izreen juga. Sebelum jemput pun, kami sudah fikir,” katanya.

Menurut Adeed, kebanyakan warganet lebih memilih membuat andaian terlalu awal sebelum menonton program itu. Katanya, Intan sendiri ketika ditanya oleh pengacara Melodi, apa yang membuatkannya terbuka hati untuk bertemu menjawab, dia bersikap profesional.

Sehubungan itu, program Melodi Raya yang mempertemukan Intan dan Izreen itu disiarkan di TV3, hari ini. Ia dihoskan gandingan pengacara Awal Ashari dan Janna Nick.

Intan adalah bekas isteri kepada pemuzik bebas, Ude Wahid atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid yang kini suami, Izreen.

Intan dan Ude bernikah pada 1 Mac 2013, sebelum bercerai talak satu pada 22 Mac 2018. Pasangan ini bercerai selepas Ude mengahwini Izreen pada 8 Ogos 2017 pada sebuah majlis tertutup.

Hasil perkongsian hidup Intan dan Ude, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4.

Dalam pada itu, Izreen kini hamil lima bulan untuk kali ketiga dan anak keduanya bersama Ude. Sebelum ini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim, berusia dua tahun, selain Izreen juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Adrian Umar daripada perkahwinan lalunya.

Pelakon drama Hadiah Dari Tuhan itu berkata, dia mengakui jujur memohon maaf yang lahir dari hati sebanyak tiga kali sepanjang pertemuan tersebut.

“Sewaktu dia sampai, saya tegur dulu. Ketika naik pentas untuk memulakan rakaman, saya minta maaf padanya.

Kali kedua ketika rakaman berlangsung dan ketiga sebelum pulang. Malah kami sempat bergambar bersama.

“Harapnya selepas ini baik-baik saja. Sebab saya sudah minta maaf.

Walaupun ungkapan maaf itu ringkas, tapi ia ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam.

Selebihnya terserah pada dia, samada nak maafkan atau tidak,” ujarnya.

Dihentam Netizen

 

Terdahulu, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid berkahwin dengan Izreen secara rahsia pada Ogos 2017 sebelum menceraikan Intan pada Mac 2018.

Pernah bermadu, akhirnya dapat minta maaf pada Inta

Ude dan Intan mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri.

Hasil perkahwinan dengan Ude yang juga pemuzik, Izreen kini sedang hamil anak kedua selepas dikurniakan cahaya mata pertama, Aaron Ibrahim.

Pernah bermadu, akhirnya dapat minta maaf pada Inta

Menerusi perkahwinan pertama bersama bekas suami Muhamad Riza Baharudin, Izreen dikurniakan cahaya mata sulung Muhammad Adrian Umar.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)

Sumber : Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *