Hiburan

“Jangan pukuI rata semuanya” Berhibur.. tak semestinya tak fikir orang tengah susah

Penyanyi popular Misha Omar terkilan apabila ada segelintir pihak berpendapat agar aktiviti hiburan sepatutnya dikurangkan ekoran negara sedang dilanda musibah.

Kata Misha, 39, konsep hiburan itu sendiri tidak sepatutnya disalah erti dan ada

sebahagian menjadikan hiburan misalnya muzik sebagai oskapisme ketika diri sedang berduka atau bersedih

Malah, perspektif itu perlu ditukar sementelah hiburan juga boleh disampaikan dalam cara yang positif.

“Secara sudut p0sitifnya, industri hiburan ini membuka peluang kepada orang lain misalnya pemuzik dan jurusolek. Kita tak boleh berhenti sebab itu pun dikira berkongsi rezeki.

Kagum Rakyat Pantas Hulur Bantuan, Ayda Jebat Turut Sama Salur Sumbangan Ringankan Beban Mangsa Banjir

“Ada yang putus cinta contohnya mendengar muzik sebagai terapi. Tapi ada yang beranggapan menguji (aI-Quran) lebih baik. Ya. saya tak nafi.

“Hiburan yang p0sitif adalah satu eskapisme kepada sesetengah orang. Lebih baik kita tenang tenang, hiburkan dengan cara menyalurkan vibe p0sitif dan bukan huha huha

semata-mata. Jangan pandang serong,” tegasnya Misha diminta mengulas mengenai pandangan segelintir penggiat seni yang

menyarankan agar stesen televisyen mengurangkan program hiburan yang disifatkan tidak sensitif berikutan bencana banjir yang sedang melanda negara.

Penyanyi itu ditemul pada sidang media majlis Malam Gala Amal Bunga Bunga Cinta Misha Omar anjuran The H Entertainment Sdn Bhd di Hotel Royale Chulan,Kuala Lumpur pada Selasa.

Makan malam amal itu akan turut disertai alumni Akademi Fantasia, Dafi dan Zarol Zarif yang bertujuan membantu yayasan kebajikan terpilih, mereka yang terkesan dengan pandemik C0VID-19 dan bencana banjir.

Sebahagian hasil daripada jualan meja akan disumbangkan kepada Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air (Papita).

Dalam pada itu, Misha memohon pihak terbabit agar membuka minda dan mempertimbangkan kesan daripada kenyataan yang dikeluar yang boleh menjejaskan periuk nasi orang lain.

“Saya meraikan pendapat, mungkin saya tak sama dengan orang lain. Tapi jangan sampai nak semua orang kena ikut kepala kita. Kita semua berbeza.

“Apa yang penting kita tak menafikan sebaliknya menyelidik dan menimbang tara baik dan buruk. Saya juga tak meminta orang lain ikut cara saya berfikir.

“Kita hidup bukan hanya berkisarkan diri kita semata-mata tetapi bersinergi, meraikan dan

berkongsi pandangan yang positif.

“Jangan menilai seseorang. Kalau ada nampak orang lain tak membantu, tak semestinya dia (yang berdiam) tak buat apa-apa. Tak turun tolong tak semestinya tak ambil berat. Ada cara lain yang mungkin dilakukan contohnya bersedekah atau sekurang-kurangnya

berdoa, tambahnya.

Ujar Misha lagi, selebriti yang punyal pengikut di media sosial tidak seharusnya menyebarkan kata-kata negatif atau mencetvskan pr0vokasi untuk orang ramai meletakkan hukuman terhadap pihak tertentu terutama artis.

“Industri baru nak bermula, jangan bvnuh semangat orang lain yang mahu bekerja dengan kata-kata anda.

‘Di media sosial kita ada pengikut mereka akan aminkan dan sebarkan kepada orang lain. Saya percaya ada kawan-kawan saya yang nak sangat bekerja dan buat persembahan

“Jangan bunvh soul orang!” nasihat Misha

Sumber : gem pak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *