Hiburan

“Jangan Nak Harap Bantuan Bendera Putih Je” Guna Alasan PKP, Usaha Jangan MaIas

Kempen kibar bendera putih sebagai simbolik memohon bantuan yang bermula sejak minggu lalu mendapat perhatian ramai dan kempen ini dilihat berjaya apabila terdapat ramai pihak yang tampil membantu golongan memerlukan.

Walaupun kempen ini mendapat sambutan ramai, terdapat juga beberapa pihak yang tidak menggalakkan orang yang kesusahan mengharapkan bantuan melalui kempen itu.

Terbaru, ahli perniagaan kosmetik, Hasmiza Othman atau Vida memuat naik video di akaun TikToknya, @datoserividaofficial bagi menjawab pertanyaan salah seorang pengikutnya yang memohon bantuan makanan.

Video yang dimuat naik itu memaparkan dia singgah membeli di sebuah gerai kecil milik anak muda di kawasan perumahan.

Di dalam video tersebut Vida mengingatkan pentingnya berusaha dan tidak sekadar mengharapkan bantuan melalui kempen #BenderaPutih.

“Janganlah guna alasan PKP (perintah kawalan pergerakan) pendapatan terjejas nak beli lampin anak tak boleh, usaha.

“Tengok adik ni. Usaha. Pendapatan RM200 hingga RM250 sehari, kau mampu? Janji ada keinginan, janji ada usaha dan yang pentingnya kena menu sedap dan bersih.

“Usaha, jangan malas mengharap bantuan bendera putih sahaja,” katanya.

Rata-rata pengguna di aplikasi TikTok meluahkan rasa tidak bersetuju dan memberi reaksi yang kurang senang terhadap kenyataan Vida.

“Bukan semua orang mampu. Kalau orang kaya tidak mahu membantu tidak mengapa, bendera putih ini dari rakyat kepada rakyat,” kata salah seorang pengguna TikTok di ruangan komen.

Bagaimanapun, terdapat juga netizen yang menyokong kenyataan Vida dengan mengatakan bahawa sesiapa yang terasa denga kenyataan itu harus keluar dari zon selesa dan mula berfikir cara untuk mengubah nasib mereka.

“Jangan salah faham semua, suka kata-kata Datuk ni, dia cakap kita kena usaha,” ujar salah seorang netizen yang lain.

Berikut reaksi dari netizan

“klu kerajaan hari ini bagi orang boleh bekerja kemungkinan rakyat tak minta ni kerajaan Tutup pintu rezeki Rakyat Untuk mencari nafkah hidup.”

“Bila orang minta bantuan makanan, tak perlulah nasihat orang jangan malas. Kalau nak bantu, bantulah tanpa lengah-lengah. Tak hairan ada antara masyarakat kita yang malas tetapi janganlah disebabkan golongan ini menyebabkan kita beranggapan kebanyakan yang meminta bantuan itu bersikap sedemikian.
Kalau semua orang beranggapan seperti Vida, mana ada hati yang mulia dalam masyarakat kita yang memupuk semangat tolong-menolong.”

” Dalam menghadapi covid ni ramai yang terkesan tambahan lagi pelbagai sekatan sop yang dikenakan ramai yang tidak dapat keluar mencari rezeki dan tidak semua yg terkesan itu punyai kepandaian ataupon pengalaman berniaga tambahan dgn sop yg dikenakan sebagai orang yang punyai kemampuan tidak salah dalam situasi mcm ni kita sama sama ringankan sedikit kesusahan mwereka yang terkesan ni percayalah tidak semua yang kita miliki itu hak kita jangan kita sakiti perasaan mereka yang di timpa dugaan ini”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *