Keluarga

Istri Meninggal Ketika Usia Kandungan 8 Bulan, Suami ‘Photoshoot’ Semula Bersama Ank

Tidak dinafikan kehilangan orang tersayang pasti ibarat dunia terhenti. Namun, kehidupan tetap harus diteruskan demi orang sekeliling dan diri sendiri. Apa yang lebih menyedihkan apabila anak-anak kecil yang kehilangan ibu bapa di usia yang muda dan masih tidak tahu apa-apa.

KEMALANGAN KETIKA HAMIL 8 BULAN

Seperti perkongsian di laman Instagram Muaanncouncer_, ia memaparkan ayah dan bayi comelnya berusia setahun membuat ‘photoshoot’ di tempat di mana isterinya mengadakan sesi bergambar ketika kandungannya berusia lapan bulan.

Menerusi perkongsian itu, isterinya bernama Yesenia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya telah dilanggar oleh individu yang mabuk ketika itu. Walau bagaimanpun, kandungan Yesenia berjaya diselamatkan dan melahirkan si comel bernama Adalyn.

Tahun lalu dia dilanggar oleh pemandu di bawah pengaruh arak. Dia mengandung 8 bulan dengan Adalyn. Apa yang lebih ajaib ialah Adalyn selamat.

Kami kembali ke tempat kami merakam gambar bersalin mereka pada tahun 2020. Penghormatan yang indah untuk Yesenia. Selamat ulang tahun pertama Adalyn.

Gambar-gambar sewaktu bersama Yesenia di lakukan semula bersama anaknya dan memakaikan gaun merah jambu seakan-akan sama seperti ibunya.

Sumber : Muaannouncer / sirapIimau

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *