“Ini baru betul bibik” rakam video sambil makan, Liyana Jasmay dibuli teruk netzen bermulut celupar!

Pelakon Liyana Jasmay baru-baru ini memuat naik hantaran di TikTok memperlihatkan dirinya sedang menikmati makanan tanpa mengenakan sebarang mekap.

Menerusi bahagian kapsyen video tersebut, Liyana mendedahkan dirinya tidak tidur selama lebih 16 jam kerana terlibat dalam satu penggambaran.

“Bila belum tidur lebih dari 16 jam dan dapat makan burger sedap ni nak nangis!

bila belum tido lebih dari 16jam, dan dpt makan burger sedap ni nak nangis! semalam penat berlakon kena rasuk lebam kaki, darah telinga, mata kabur.. tapi alhamdulillah for everything.. Im so grateful

Semalam penat berlakon kena rasuk lebam kaki, darah telinga, mata kabur, tapi Alhamdulillah untuk segalanya,” tulisnya.

Bagaimanapun, segelintir warganet bersifat biadab dengan menghina rupa paras aktres itu di bahagian komen.

Antara komen yang diterima:

“Ini baru betul bibik,”

“Ternyata muka kita lagi cantik ya guys,”

“Ya Allah, macam mana suami dia boleh suka dekat dia ni.”

Dalam pada itu, ada juga yang mempertahankan Liyana dan memuji kecantikan semulajadi aktres berkenaan.

“Awak memang cantik walaupun tiada mekap. Serius sangat cantik dan comel gila,”

“Dia ni dari dulu natural je, suka betul,”

“Apa benda semua komen pasal muka, macam lah muka korang cantik sangat.”

Setakat artikel ini ditulis, entri itu meraih hampir 13,000 tanda suka dan lebih 800,000 tontonan di TikTok.

Sumber : tehtarikkaw

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *