Hiburan

“Ibu Jari Kaki Bakal Dibuang..” Bad Indigo Bakal Cacat Kekal, Mohon Status 0KU

Selepas empat jari kaki terpaksa dipotong sebelum ini, penyanyi Bad Indigo berdepan dugaan berat apabila ibu jari kakinya pula bakal dibuang.

Kata Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, kaki kirinya akan kudung sepenuhnya serta terpaksa memohon status Orang Kelainan Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Saya tengah tunggu slot untuk ‘amputate’ ibu jari kaki, jadi kaki kiri saya memang akan kudung. Kemudian lagi sekurang-kurangnya enam bulan untuk rawatan ‘dressing’ pada bahagian dipotong itu.

“Lepas potong empat jari kaki sebelum ini, saya didatangi pekerja sosial dan bertanya sama ada mahu daftar sebagai OKU atau tidak kerana saya cacat kekal dan layak. Saya sudah mendaftar dengan JKM tapi belum dapat jawapan lagi.

“Ia juga akan dapat meringankan beban kos rawatan saya kerana tiada kerja buat masa ini. Doktor juga tolong isi borang OKU itu mengesahkan kecacatan kekal dan bantuan fizikal yang diperlukan,” katanya.

Bad berkata pendapatannya terjejas sejak lebih setahun lalu berikutan proses rawatan berterusan dan pergerakannya semakin terbatas selepas ketiadaan jari kaki.

“Saya sudah setahun setengah tak kerja sebab tak ada tawaran dan tak boleh anjurkan acara. Selama ini, saya memang bergantung dengan pendapatan menjadi pengurus acara dan sekarang pun tiada sebarang aktivti acara dibenarkan,” katanya.

Dalam pada itu, Bad meluahkan rasa syukur pabila keputusan untuk ujian Covid-19 negatif selepas isterinya juga penyanyi Ashira Aziz disahkan positif, kelmarin.

“Alhamdulillah, saya negatif dan Ashira pula kena kuarantin dalam bilik. Agak sukar jugalah kerana dalam pada tahan kesakitan kaki, pergerakan saya juga terbatas,” katanya.

Pada Mac lalu, Bad selamat menjalani pembedahan memotong jari kakinya yang luka akibat penyakit diabetes di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Sumber : r0tikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *