“Hidayah tuntut tanah Kakak ipar sendiri..!” Tunjuk surat mahkmah, kes dengan keluarga Ali Puteh masih belum selesai

Umum mengetahui, minggu lalu kemelut Ali Puteh dan kakak iparnya, Nor Hidayah sudah pun selesai selepas pelawak itu telah pun melunaskan tuntutan hutang bernilai RM72,000.

Terbaru, perkongsian Hidayah di TikTok mengejutkan ramai apabila memuat naik surat mahkamah tertera namanya dan anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah sebagai defendan.

Hmm ada lagi ??semoga aku Kuat Apa2 pun, semoga dipermudahkan segala urusan saya,anak saya dan baik2 saja. Aamiin?semogaakukuatyaallah
? aku kuat tapi aku capek – Kezia Abraham

Turut kelihatan nama plaintif dipercayai kakak iparnya serta nama Ali Puteh serta keluarganya yang lain.

Menerusi entri itu, Hidayah turut menulis kapsyen berdoa agar dirinya diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusannnya. Bagaimanapun, Hidayah tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkongsiannya itu. 

Sementara itu, diruangan komen Hidayah memaklumkan ianya bukan  mengenai harta pusaka kerana semua sudah mendapat bahagian masing-masing dan lambat laun orang ramai akan tahu mengenai apa.

Dalam pada itu, Ali turut membuat sesi siaran langsung bagi mempertahankan dirinya. Ali mendakwa Hidayah menuntut bahagian tanah (tempat tinggal kakaknya) untuk difaraidkan dengan alasan ada nama arwah Abam.

Ali mendakwa tanah itu dibeli kakak dan Abam semasa arwah masih bujang lagi serta mempunyai bukti surat jual beli separuh tanah dibeli kakak, manakala separuh lagi arwah Abam.

Kata Ali lagi, belum berkesempatan untuk menukar nama, Abam pula meninggal dunia sekaligus merumitkan urusan. Ali turut mempersoalkan Hidayah yang sanggup mengambil tempat tinggal kakaknya untuk difaraidkan.

Penjelasan Ali

https://www.facebook.com/reel/778681520816702

Sumber : rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *