Hiburan

“Hari Ini, Sebelum Asar Dan Hujan Turvn Dengan Lebatnya…,” Penampilan Nana Mahazan ‘Pancing’ Perhatian

Pengacara Nana Mahazan mencuri perhatian ramai apabila tampil bertudung ketika melakukan sesi siaran langsung di Instagram, hari ini.

Sambil melakukan promosi produk Sambal Sardin Selauk Nana, ibu kepada dua cahaya mata ini turut ditanya mengenai penampilan terkininya itu.

Menurut Nana, 38, atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan, dia menyifatkan apa yang berlaku sebagai sesuatu yang menggembirakan.

“Saya tidak mahu untuk bercakap mengenai perkara ini terlalu banyak kerana ia sesuatu yang selalu ada di dalam fikiran sejak sekian lama.

“Ia bukan suatu yang diraikanlah… tetapi sesuatu yang mengembirakan. Saya tahu kalian turut sama tumpang gembira kerana saya selalu minta mendoakan,” katannya.

Hos program #HTV di RTM itu bersyukur kerana hasratnya dimakbulkan. Turut sama di dalam sesi siaran langsunb berkenaan ialah suaminya, Raqeem Brian Abdullah.

“Hari ini, sebelum Asar dan hujan telah pun turun dengan lebatnya. Ia sangat-sangat apa orang cakap…. makbul doanya.

“InsyaAllah kita doakan yang baik-baik untuk semua,” katanya lagi.

Untuk rekod, Nana mendirian rumah tangga dengan Brian pada 6 Jun 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Althea dan Aaqib.

Antara komen dari netizen

“subhanallah…mmg cantik sgt nana pakai tudung…semoga istiqomah…

“Alhamdulillah..semoga istiqomah dan berkekalan.

“yeke ni?td tgk live dia…xsangkanyaaa. Alhamdulillah. makin cantik Nana Mahazan

“Comey bertudung…. Nmpk manja mcm budak2

“wanita muslim yg pkai tudung n menutup aurat ni mmg cantik…

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *