Semasa

Gambar Najib Berbicara Sesuatu Kepada Tun M Tarik Perhatian Ramai. Ini Sebabnya

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menziarahi jenazah Allahyarhamah Tun Rahah Mohamad Noah di Masjid Ar-Rahah, Kerinchi dekat sini, pagi tadi.

Dr. Mahathir hadir bersama isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Menerusi gambar yang dikongsi oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada akaun Twitternya hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan berbicara sesuatu kepada Dr. Mahathir.

Kehadiran Ahli Parlimen Langkawi itu akhirnya menjawab persoalan warga net yang berteka-teki sejak semalam sama ada beliau akan memberi penghormatan ter4khir kepada j3nazah ibu Najib memandangkan hubungan dingin di antara dua bekas Perdana Menteri itu.

Dalam pada itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenaan berangkat untuk memberi penghormatan ter4khir kepada isteri bekas Perdana Menteri kedua itu yang juga ibu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut kelihatan adalah pembesar dan kenamaan-kenamaan lain.

Semalam beberapa portal tr0ll telah membuat beberapa posting berbentuk pr0vokasi terhadap Tun M kerana lambat mengucapkan takziah kepada keluaraga Ds Najib di sosial media rasmi beliau

Berikut pula reaksi dari warganet

“Alhamdulillah.. klu ahli politik smua bsatu malaysia blh lbih maju lg.. jgn ada sifat dendam antara 1 sama lain… Kt dunia ni sementara aja, bila sampai masanya bpisah juga buat selama2nya… Jd renung2 kn la…

” Syukur kepada Allah Taatla semoga umat melayu Islam bersatu Demi Tanah melayu

” Org politik ni mmg rare.. mcm mn kau boleh maintain karakter dlm pelbagai bentuk.. arini boleh musuh esk, minum kopi, lusa boleh musuh balik..

“Kita ni hidup kt dunia sementara. X lama mana pon. Sebelum kita mati di jemput malaikat maut maaf kan semua org yg kita buat masalah.. Akhir4t tu kekal abadi..

Dalam pada itu Kerajaan telah memutuskan supaya Allahyarhamah Tun Hajjah Rahah binti Tan Sri Haji Mohd Noah diberi penghormatan
“Istiadat Pengeb-umian Negara” dan j3nazah akan dikebu-mikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara pada 19 Disember 2020 bersamaan dengan 4 Jamadilawal

KENYATAAN MEDIA PEJABAT PERDANA MENTERI

UCAPAN TAKZIAH YAB PERDANA MENTERI BERHUBUNG KEPULANGAN KE RAHMATULLAH TUN HAJJAH RAHAH BINTI TAN SRI HAJI MOHD NOAH.

Saya mewakili Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Mohd
Najib bin Tun Abdul Razak dan seluruh ahli keluarga di atas kepulangan ke rahmatullah Allahyarhamah Tun Hajjah Rahah binti Tan Sri Haji Mohd Noah pada 18 Disember 2020 bersamaan dengan 3 Jamadilawal 1442H.

Kerajaan telah memutuskan supaya Allahyarhamah Tun Hajjah Rahah binti Tan Sri Haji Mohd Noah diberi penghormatan
“Istiadat Penge-bumian Negara” dan j3nazah akan dikeb-umikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara pada 19 Disember 2020 bersamaan dengan 4 Jamadilawal 1442H.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah Tun Hajjah Rahah binti Tan Sri Haji Mohd Noah dan menempatkan beliau bersama-sama golongan yang beriman.
Al-Fatihah.

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Perdana Menteri
18 Disember 2020

Sumber : Kecohape

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *