Lelaki berjaya membida barangan lelongan di kediaman usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat pada harga RM132,000 di sini, hari ini.
Antara barangan yang disita untuk lelongan itu adalah barangan dapur, barangan di ruang tamu dan set bilik tidur di tingkat atas banglo dua tingkat berkenaan.
Difahamkan, proses lelongan terbabit disertai oleh lapan pembida sebelum ia berkurang kepada tiga pembida sebelum bidaan dibuat sebanyak enam kali dengan bidaan berakhir bernilai RM132,000.
Ketika ini, pihak peguam masih menunggu pembayaran dibuat sepenuhnya oleh pembida terbabit.
Sementara itu, seorang wanita yang berhasrat membeli barangan Sajat yang dilelong, pulang hampa berikutan proses pendaftaran untuk bidaan barangan berkenaan ditutup.
Wanita itu yang mahu dikenali Linda, 37, dari Mont Kiara, Kuala Lumpur tiba agak lewat dan cuba merayu untuk masuk namun tidak dibenarkan kerana proses bidaan sudah bermula.
Ketika ditemui media di luar rumah usahawan kosmetik itu, dia tertarik dengan barangan dekorasi yang sering ditonjolkan Sajat dalam media sosial sebelum ini.
“Saya tidak kisah berapa nilai barangan itu asalkan dapat (bida). Saya bukanlah pengikutnya (Sajat) di media sosial tapi selalu nampak dekorasi rumahnya melalui videonya yang tular.
“Tapi tiada rezeki saya untuk masuk walaupun sudah bawa deposit RM5,000 kerana dimaklumkan proses pendaftaran sudah ditutup,” katanya.
Aset usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat yang bakal dilelong hari ini mengundang perhatian orang ramai untuk ‘lock’ atau membuat bidaan.
Rata-rata pengguna media sosial menunjukkan minat untuk membida pelbagai jenis barangan seperti katil, langsir, sofa, perabot malah ada yang turut menulis gurauan nakal mahu mendapatkan boxer usahawan tersebut.
Selain itu, terdapat pengguna media sosial meminta proses lelongan disiarkan secara langsung untuk memudahkan urusan pembelian.
Lelongan aset tersebut merupakan cara penyelesaian bagi menebus pampasan yang perlu dibayar oleh defendan
“Lock katil Sajad RM50, saya berminat,” kata pengguna bernama Haziq Othman.
“Lock boxer dia, jangan lupa” seloroh nakal Aniey Purple Love.
“Mohon buat siaran secara langsung dan sediakan perkhidmatan pembelian atas talian,” ujar Ikan Puyu.
Tidak kurang juga yang berkenan motosikal jenis Y-Suku Sajat yang pernah tular sebelum ini.
Rumah Sajat Selamat
Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat memaklumkan dia tidak kisah barangan miliknya akan dilelong di kediamannya di Kota Damansara di sini pagi esok.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok, Sajat berkata, ini kerana dia sudah tidak lagi berada di Malaysia dan tindakan untuk menyita dan menjual harta miliknya tidak memberi sebarang kesan terhadapnya.
Sajat mendakwa tindakan itu dibuat sebagai helah agar dia pulang semula ke Malaysia.
“Itu semua permainan mereka untuk suruh saya balik Malaysia. Tak nak lah (balik ke Malaysia), saya duduk di sini (Australia),” katanya.
Sementara itu, Sajat turut memaklumkan rumahnya tidak dijual, sebaliknya ia hanya melibatkan barangan di dalamnya.
Pantang saya duduk seorang’ – Sajat di ganggu oleh lelaki berbadan sasa
Sumber : HM / kecohape
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.