“Ejek dan tkam belakang. mereka tak tahu nama saya tapi….” Qadejah dedh susah nak berkawan sebab dia ank Aliff Syukri

Anak perempuan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida meluahkan isi hatinya tentang kesukaran yang dilaluinya membabitkan persahabatan.

Menerusi video dimuat naik oleh ibunya di TikTok itu, Qadejah mendedahkan kebanyakan orang berkawan dengannya kerana kepentingan tertentu.

Bersyukur ada kelebihan tetapi ramai orang tak ikhlas berkawan
Luah Qadejah, tidak semua orang ikhlas berkawan dengannya dan dia juga pernah menjadi bahan ejekan malah ada yang tikam belakang.

Bukan itu sahaja, dia juga berkata orang tidak mengenalinya dengan namanya sendiri sebaliknya sebagai anak kepada usahawan berkenaan.

Orang nak berkawan dengan kita tetapi mereka akan mengejek, tikam belakang. Kebanyakannya hanya ingin berkahwin tetai mereka tak kenal nama saya. Mereka kenal saya sebagai ‘anak Aliff Syukri’.

Bagaimanapun, Qadejah akui sangat bersyukur dengan kelebihan yang dimilikinya menjadi seorang anak kepada usahawan terkenal dan kaya raya.

Ibu titip pesan untuk bersabar
Dalam pada itu, Shahida sebagai ibu sempat menitipkan pesanan kepadanya untuk bersabar dan apa yang penting adalah Qadejah sendiri kena pandai dalam memilih kawan.

Dunia ini sememangnya penuh dengan asam garam kehidupan. Jangan berkawan disebabkan ada kepentingan. Biar yang ada disekeliling kita ni yang betul betul ikhlas dan jujur je.

Ruangan komen hantaran itu dipenuhi dengan komen-komen yang memuji kepintaran Qadejah serta keyakinannya dalam setiap percakapan selain turut memuji kecantikannya.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *