“Dulu boleh la kau gertak, sekarang mari sini jumpa kakak dia” panas kakak Adira bagi amran pada Datin Red?

SELEPAS isteri pertama Datuk Red menulis luahan rasa kurang senang di Instastory miliknya, kali ini kakak kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Emma pula tampil membalas kenyataan ditulis Datin Seri Sharifah Norshafil itu.

Menurut Emma atau Erma Suhaimi, 35, dia sudah tidak mampu menahan sabar dan enggan adiknya terus dibuli oleh madunya ketika isu kesusahan hidup suami mereka iaitu Datuk Red diperkatakan.

“Orang lain (merujuk Adira) yang kau cakap itu selalu tolong kau. Kau jangan lupa mention sikit baik orang. Asyik nak tunjuk kau punya sabar.

adira 11

Emma sudah tidak tahan melihat Adira dibuli.

“Orang lain itu baru saja kena puji sikit di media sosial secara terbuka. Eh kau tak boleh eh?

“Yang kakak sini (Emma) sudah lama diam tengok orang lain itu kena buli. Kau cakap dengan aku jangan dengan media sini ok? Nanti aku cakap banyak lagi.

“Yang kau cakap orang lain itu banyak membantu tak pernah mention pun,” katanya.

Emma menulis perkara itu di Instastory miliknya pada Rabu bersama paparan tangkap layar hantaran dibuat Sharifah atau lebih mesra dengan panggilan Datin Red.

Dalam hantaran tersebut, Datin Red memaklumkan dia turut bergadai harta demi membantu suaminya itu yang berhadapan kesushan termasuk diiystihar bangkrap.

“Pinjam duit orang lain nak kau mention. Yang kau pinjam duit aku tak nak pula cerita. Sampai trauma anak-anak aku.

“Kita ini sampai jual tanah dah nak tolong dia. Tak apa Allah ada. Masa akan tentukan,” kongsinya di Instastory tanpa mengaitkan mana-mana individu.

Meskipun tidak menyebut nama, namun hantaran itu dipercayai ditujukan kepada Datuk Red yang sebelum ini membuat pendedahan kepada mStar dia sudah muflis sejak tahun 2019 dan bergantung hidup kepada Adira.

emma 1

Luahan Emma mengenai keadaan Adira.

Terkesan dengan pendedahan Datuk Red itu, Emma memberitahu, Adira menangis selepas menonton rakaman yang dilakukan mStar tersebut kerana merasai kepayahan yang dilalui suaminya.

Malah Emma memberitahu dia bersedia untuk mempertahankan adiknya sekiranya berterusan diganggu.

“Semalam orang itu menangis-nangis tengok video lakinya pun diam tak tunjuk. Kita ikut menangis sekali dik. Rasa tau kesusahan orang itu.

“Jangan buli adik saya OK. Dulu bolehlah kau gertak-gertak dia dengan kata-kata OK, sekarang mari sini jumpa kakak dia (Emma),” luahnya.

Sebelum ini, menerusi satu temu bual bersama mStar, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu mendedahkan dirinya diisytihar muflis sejak 2019 dan tidak lagi mempunyai pendapatan tetap.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *