“Duit atau Cinta?, mengalir air mata..” ramai sebak dan terkejut bila dengar jwapan Fara Fauzana bila ditanya pilihnya

MEMAHAMI situasi Fara Fauzana yang sehingga kini masih belum bertemu jodoh, peminat meluahkan rasa sebak melihat penyampai radio itu kelihatan sedih ketika diajukan soalan diminta memilih sama ada cinta atau duit.

Dalam rakaman video tular itu, Fara atau Fara Fauzana Mohd Fadzil, 44, memilih cinta berbanding wang ringgit dan dilihat tidak mampu menahan air mata.

“Kalau awak tanya saya, saya tidak akan pilih duit. Saya akan pilih cinta,” katanya.

Fara 1

Hantaran yang bibuat di platform X.

Rakaman video tersebut dimuat naik di aplikasi X (Twitter) Hot FM pada Khamis.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih selepas menonton video berkenaan.

“Ya, kadang-kadang perempuan perlukan cinta lebih duit. Duit boleh cari dimana-mana.

“Kalau nak banding fasal duit, Kak Fafau (Fara) sudah tidak perlu risau. Dia sekarang hanya perlu teman hidup.

“Dia (Fara) sudah ada apa yang dia mahu kecuali cinta. Kadang bila tidak ada peneman di sisi, kita akan rasa sangat sunyi,” kata mereka.

Malah, ada juga di antara mereka mendoakan supaya Fara segera bertemu dengan lelaki idamannya suatu hari nanti.

“Allah, semoga baik-baik sahaja untuk kamu (Fara).

Fara 2

Netizen mendoakan supaya Fara berjumpa jodoh suatu hari nanti.

“Fahamnya sebab keadaan kita sama. Di satu sudut rasa macam sudah putus asa. Moga kita berjumpa jodoh yang terbaik Fafau.

“Saya cuma berharap supaya dia berbahagia. Stay strong sis,” ujarnya.

Pada September 2016, Fara mengumumkan dia bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki bernama Mohamed Hafiz.

Bagaimanapun, majlis tersebut tidak kesampaian dan terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab peribadi yang tidak boleh dikongsikan kepada umum.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *