Hiburan

DSV lega masih mampu lahirkan zuriat, Empat 4 bulan tak ‘peri0d’ ingat dah men0pause

Sejak minggu lalu, kisah mengenai usahawan kosmetik, Dato’ Seri Vida yang dipercayai hampir berkahwin dengan bekas personal assistant (PA), Ahmad Iqbal Zulkefli menjadi bualan di media sosial.

Menurut Iqbal sendiri, usahawan tersebut telah pun melakukan pemeriksaan kesuburan bagi memastikan beliau masih mampu melahirkan zuriat andai berkahwin semula walaupun jarak usianya dengan jejaka berkenaan agak jauh.

Pernah 4 bulan tak period

Jadi, menerusi IG story Dato’ Seri Vida, usahawan tersebut berkongsi sedikit cerita berkenaan kesuburannya ketika usia mencecah 50 tahun.

Menurutnya, sebelum ini beliau pernah risau kerana sudah 4 bulan tidak datang bulan. Hal ini membuatkannya berfikir berkenaan simptom menopause yang dihadapi wanita menjelang usia senja.

Lega masih mampu lahirkan zuriat

Walau bagaimanapun, dato’ Seri Vida akui yang dirinya tidak pernah putus harapan dan terus berusaha dengan minum minuman kesihatan seperti produknya Pamoga sehinggalah periodnya kembali datang.

Tambahnya lagi, peri0d yang dialaminya juga masih seperti waktu muda dan seakan kegguran membuatkannya lega dengan kondisi itu.

Jadi, beliau sangat bersyukur kerana dalamannya masih lagi baik dan boleh melahirkan zuriat apabila membuat pemeriksaan kesuburan sebelum ini.

Walaupun video yang dibuat itu menjurus kepada mempromosikan jus Pamoga keluaran syarikatnya, namun ia sedikit sebanyak menjelaskan berkenaan kenyataan yang dibuat oleh bekas PA usahawan itu mengenai perancangan hendak berkahwin.

 

Dapat dilihat juga diruangan Instagram DSV tersebut yang beliau ada memuat naik video serta gambar bersama Iqbal dengan kapsyen yang positif untuk jejaka itu.

Sumber : 0hmymedia / transformasipw

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *