Gara-gara kerap menggunakan wajah anak keduanya, Marissa Dania Hakim sebagai pelaris bisnes, pelakon Abby Abadi dituduh mendakwa ‘menjual’ anak.
Menjawab tuduhan tersebut, Abby menyifatkan tindakannya menggunakan anak sendiri sebagai model tidak salah. Abby turut mempersoalkan mengapa netizen sibuk mahu mencari salah.
“Jual anak? Tak, tak. Saya jual cermin mata. Dah tu asyik keluar gambar anak je? Mentang-mentanglah anak cantik. Lah, dah anak ni cantik nak salahkan siapa? Anak orang lain pun ramai cantik-cantik.
“Kita kan meniaga. Apa salahnya suruh anak tolong jadi model untuk barang dijual. Kalau gunakan model lain keluar gambar, sama juga kan? Mencari-cari salah tu kenapa?” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, Abby berkata disebabkan sering menerima komen mempersoalkan tindakannya menggunakan wajah anak sendiri, dia memilih untuk menyekat semua kritikan negatif.
“Geram kan perangai orang kita kalau mencari-cari salah macam ini. Seram, kita sekat terus. Sebab perangai macam ini menakutkan.
“Ada sampai maki hamun kata macam-macam. Memang tak terdaya membalas sebab banyak lagi kerja lain nak buat,” katanya.
Sebelum ini, Abby dituduh bersikap pilih kasih apabila sering berkongsikan gambar Marissa berbanding anak bongsunya, Maria Danisha. Bagaimanapun, Abby menjelaskan dia jarang berkongsi gambar Danisha kerana anaknya itu tidak suka bergambar.
Antara komen dari Netizen
“Anak Abby cantik.manis bertudung.padanlah jadi model cermin mata pun.daripada ambik orang lain kena bayar lebih baik bayar kat anak sendiri .biarlah orang nak kata jual anak yang penting semua tau yang dijual cermin mata bukan anak nya.
“Tu kire family bisneslah. Ank tlg mak ayah berniaga, apa salahnya. Bukannya jual mende tak elok. Lagipun sopan je.. bukannya posing maut melentik tersembul sana sini..
“Bg sy tak salah kot.. bgus la ank tolong mak.. kite sebagai netizen, kalau tak jd pembeli pon.. support je la.. jgn jtuh kan org melayu sama melayu.. ayuh melayu.. maju sama2..
“Sweet je muka anak dia ni..apelah salah tolong mak sendiri..
Sebelum ini Keluarga Norman Hakim, Abby Abadi Dik0mpaun RM8,000
Terdahulu, kedua keluarga tersebut didakwa melanggar S0P apabila tular foto mereka sekeluarga menyambut hari raya bersama.
Malah, rata-rata netizen mempertikaikan bukankah tidak boleh aktiviti menziarah pada Aidilfitri, namun hairan bagaimana mereka boleh bergambar satu keluarga pada raya pertama.
Seperti diketahui, Majlis Keselamatan Negara sebelum ini mengumumkan ziarah hari raya dan aktiviti berkenaan adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PK P dilaksanakan.
Sumber : r0tikaya
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih