“Disebabkan orang ketiga?” tiga bulan berlalu, akhirnya Raf Yaakob sendiri beritahu sebab bercerai dengan Mawar

Bekas suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob menjelaskan bahawa penceraiannya dengan bekas isterinya itu bukanlah berpunca daripada orang ketiga.

Fokus jaga anak

Menerusi temu bual bersama Melodi, Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob berkata, hubungannya dengan Mawar juga dalam keadaan yang baik meskipun sudah beberapa bulan bercerai.

Tambah Raf, dia juga reda dan menerima ujian yang berlaku ini dengan hati yang terbuka.

Alhamdulillah hubungan saya dan bekas isteri baik-baik saja dan selepas bercerai tiada siapa yang keluarkan sebarang kenyataan.

Ingin saya terangkan di sini ialah penceraian yang berlaku bukanlah kerana pihak ketiga. Saya tiada pihak ketiga dan begitu juga dengan bekas isteri saya.

Allah dah kata jodoh kami setakat di sini saja jadi saya terima dan reda.

Dalam pada itu, adik kepada penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menjelaskan bahawa dia dan Mawar kini fokus untuk menjaga hubungan baik mereka demi kebahagiaan anak-anak.

Selepas bercerai tiada sebarang pergaduhan melibatkan anak-anak dan kami berdua sangat fleksibel bila melibatkan anak-anak.

Itulah tanggungjawab kami untuk membesarkan anak-anak dalam keadaan yang bahagia.

Alhamdulillah setakat ini kami sangat positif dengan anak-anak dan insya-Allah mereka tidak akan terkesan dengan apa yang berlaku di antara saya dan Mawar.

Ketika ditanya mengenai jodoh, pelakon berusia 39 tahun itu meletakkan perkara tersebut sepenuhnya kepada Allah SWT dan sama sekali tidak menolak sekiranya ditakdirkan untuk bertemu jodoh semula dengan bekas isterinya, Mawar.

Soal jodoh ini semuanya ketentuan Allah dan apa yang saya boleh cakap ialah saya akan sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik.

Kalau Allah kata saya akan dijodohkan semula dengan dia, dialah orangnya namun jika Allah kata bukan, maka bukan dengan dia.

Yang penting sekarang ini saya fokus untuk mencari nafkah buat anak-anak dan perbaiki diri saya sendiri.

Sekadar info, Raf dan Mawar mengesahkan mereka sudah bercerai selepas hampir tujuh tahun berkahwin pada Novomber tahun lalu.

Untuk rekod, Raf dan Mawar telah mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, 5, Raden Seri Rosabella Cinta, 3 dan Raden Seri Riyanna Sayang, 1.

Dalam pada itu, Raf juga memiliki dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

Sumber : keramatviral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *