Dilabel pilih lelaki asal boleh, sekali Fila jawab terkedu semua.. “Suami saya tak merokok, fasih tujuh bahasa, belajar sampai Master”

Personaliti media sosial. Nur Afilah Amir Rusdi meluahkan rasa kesal apabila masih ada lagi segelintir netizen yang memberikan pandangan negatif terhadap perkahwinan campurnya.

Malah ada juga yang menganggap Afilah atau lebih mesra dengan panggilan Fila ini memilih suami dengan kriteria ‘asal boleh’ untuk berkahwin.

Walaupun berasa terkilan dengan dakwaan tersebut, namun Fila tetap membalas komen. netizen itu secura profesional

Fila menerus: akaun Tik Tok miliknya telah memuat naik video pendek yang merakamkan serba sedikit tentang mengenai kebaikan dan kehebatan suaminya iaitu Adama Muhamed Camara yang berasal dari Guinea, Afrika Barat.

“Asal boleh? Jika nak dibandingkan dengan kau, suami saya jauh lebih bagus kot. Suami. saya tak merokok, fasih tujuh bahasa

“Suami saya belajar sampai peringkat master, suami saya rajin bukan blawak hidup, suami saya tak insecure pergi kecam orang merata dekat sosial media.

“Ei ada hati nak kata kita ni asal boleh pilih suami. Elok lagi laki aku dari hang. Lagi salu dia tinggi, hang takat dok celah ketiak dia je,” tulis Fila.

Terdahulu, Fila dan Adama sebelum pernah menjadi tular kerana perkahwinan compunya yang dianggap unik.

Fila dan Adama telah berkahwin sejak tahun 2019.

Sumber : gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *