Semasa

Dikatakan Dai Syed Dituduh R0gol Sampai Bawa Balik Gadis Ke Rumah

Tiada angin tiada ribut hangat diperkatakan di laman Twitter apabila seorang netizen mendakwa seorang pendakwah dan penyanyi Da’i Syed yang dikatakan telah membawa pulang dan mer0gol seorang gadis.

Menerusi pendedahan tersebut, netizen itu mendakwa rakan baiknya seorang yang naif telah menjadi m0ngsa r0gol Dai Syed. Dakwa netizen itu lagi, sudah ramai gadis turut menjadi mngsa pendakwah tersebut.

Netizen itu mendakwa sudah banyak perempuan pendakwah berkenaan bawa pulang ke rumah. Ujarnya, rakan baiknya dikatakan mengalami trau-ma selepas mendakwa penyanyi lagu Ya Agmal Eyoun itu bertindak sedemikian.

Dalam pada itu, gadis itu turut berkongsi beberapa paparan skrin mesej daripada beberapa individu lain yang mendakwa turut menjadi mangsa pendakwah berkenaan

Lebih mengejutkan seorang individu mendakwa bertemu dengan pendakwah itu ketika program Jom Heboh dan kemudian ada berbalas mesej. Namun mengejutkan apabila mendakwa Da’i itu ajak untuk ‘check in’ hotel.

Memetik laporan Murai, pengurus kepada Dai Syed telah dimaklumkan mengenai dakwaan itu dan akan melakukan siasatan serta mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

Untuk rekod, Da’i Syed atay nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail itu merupakan peserta program Da’i musim ke-4 pada tahun 2016.

Awek baru Da’i Syed pelakon tak berhijab

Sebelum ini Pendakwah muda Da’i Syed
mendedahkan sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon wanita tidak berhijab.

Da’i Syed, 25, atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail berkata, hubungan yang sudah dua bulan terjalin itu adalah untuk saling memperbaiki kelemahan antara satu sama lain.

“Saya tidak suka menghakimi orang kerana setiap manusia mampu berubah ke jalan yang lebih baik.

“Meskipun dia belum berhijab, tapi kami saling mengubah dan bantu untuk menjadi insan yang lebih baik sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

“Malah sekarang ini pun, kami selalu membuat panggilan video untuk kelas mengaji al-Quran.

“Saya juga ingin mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi gerangan pelakon ini kerana kami berdua belum bersedia,” katanya.

Menurut Da’i Syed, dia mula mengenali wanita itu menerusi Instagram dan sudah bertemu ibu pelakon terbabit pada hari ketiga perkenalan.

“Selepas dua hari berkenalan di Instagram, saya terus memberitahunya untuk berjumpa ibunya terlebih dahulu.

“Saya enggan hubungan ini tidak diketahui orang tuanya. Alhamdulillah, hubungan kami berjalan dengan baik dan dia juga sudah pasang niat untuk memakai tudung tidak lama lagi,” katanya.

Tambah Da’i Syed, sebagai seorang pendakwah dia ingin memastikan wanita yang ingin dikahwininya memakai hijab.

“Saya tidak pernah paksa dia mengenakan hijab dengan segera, sebaliknya saya beri dia ruang secara perlahan untuk berubah.

“Tapi tak sangka dia maklumkan kepada saya untuk berhijab selepas dia selesai menjalani penggambaran bagi sebuah drama,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *