“Dia meminta kenaikan gaji tinggi..” Tyzo demand sejak menang ABPBH?Individu dedh perangai sebenar beliau

Di kala netizen masih hangat berbincang mengenai isu Tyzo tidak lagi berkhidmat sebagai penyampai radio di Suria FM, tampil satu sumber yang mendedahkan punca sebenar di sebalik keputusan itu.

Menurut laporan Malaysia Gazette yang memetik dari sumbernya berkata, kontrak Tyzo atau nama sebenar Tuah Zolqarnain, tidak disambung untuk tahun ini atas sebab permintaan kenaikan gaji yang tinggi.

“…dia meminta kenaikan gaji tinggi selepas bergelar penyampai radio popular dan mendapat tawaran di stesen radio lain” – Sumber.

Tyzo pada Julai 2023 dinobatkan sebagai Penyampai Radio Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 yang berlangsung di Istana Budaya. Kemenangannya itu sekali gus merampas trofi tersebut dari DJ Lin yang pernah memenangi kategori sama pada ABPBH 29, 32, 33 dan 34.

Bagaimanapun, pihak sumber manusia syarikat stesen radio itu hanya dapat memberi sedikit kenaikan, dan tidak dapat memenuhi permintaan Tyzo.

Setelah menerima maklum balas itu, Tyzo dilaporkan bersedia menyambung semula kontraknya dengan pelbagai syarat. Termasuk berkhidmat pada tempoh tertentu dan boleh meletak jawatan dalam tempoh 24 jam.

Namun, pihak pengurusan tertinggi mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontraknya dan mencari penyampai radio yang baharu.

Terdahulu media sosial heboh dengan kenyataan Tyzo yang mendakwa dia telah dianiaya dan ditamatkan kontrak tanpa kerelaan. Ramai netizen memetik nama DJ Lin sebagai punca Tyzo tidak lagi berkhidmat di stesen radio tersebut.

Sumber : Malaysia Gazette

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *