Hiburan

Di Instagram Sheila Rusly Sepertinya Upload Sekeping Gambar Bakal Menantunya. Betul Ke Dah Bertunang ?

Sebentar tadi, pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly mengejutkan ramai apabila memuat naik sekeping foto memaparkan sedang memeluk seorang wanita mengenakan busana putih.

Diruangan komen, rata-rata netizen meneka wanita itu merupakan pelakon Elisya Sandha yang juga kekasih hati anak Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy.

Bagaimanapun, tiada sebarang perkongsian di muat naik oleh Elisya di Instagram. Namun, di bahagian ‘tagged’ Instagram miliknya, seorang jurumekap ada berkongsi gambar pelakon itu tampil cantik selepas disolek olehnya. Malah, busana yang digayakan oleh Elisya sama seperti wanita yang dipelvk oleh Shiela.

Eh, betul ke Elisya Sandha?

Apa pun kita nantikan sahaja pengumuman rasmi daripada Sheila dan Elisya nanti. Jika benar perkhabaran tersebut, tahniah kami ucapkan buat Shiela serta Elisya serta pasangannya.

Tahniah diucapkan kepada Sheila dan tidak lupa juga, Elisya serta pasangan! Harap-harap empunya badan akan berkongsi mengenai perkhabaran itu bersama para pengikut kelak. Tak baik tau buat warganet tertanya-tanya macam ni.

Ucapan tahniah

sumber : rotikaya

Mengenai Hantaran Kahwin, Ini Ulasan Sheila Rusly

Sheila ketika dihubungi berkata, dia hilang kata-kata apabila anak tercinta kini sudah melangkah ke fasa baharu dalam hidup.

“Alhamdulillah majlis pertunangan hari ini berjalan dengan lancar. Majlis yang diadakan di kediaman Fasha Sandha dibuat secara tertutup dan penuh sederhana.

“Hanya 15 tetamu sahaja yang hadir mewakili ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

“Jujur, sukar untuk saya gambar perasaan ketika ini. Macam-macam perasaan sedang bermain sekarang,” katanya.

Menurut Sheila, majlis pernikahan membabitkan anak sulung dengan Elisya akan diumumkan nanti.

Sheila Rusly turut mengulas mengenai Hantaran Kahwin

“Tarikh nikah akan kami kongsikan kemudian. Malah hantaran juga adalah rahsia mereka.

“Apapun terima kasih atas doa yang diberikan dan saya harap hubungan mereka akan terus berkekalan dan dipermudahkan,” katanya.

Pelakon Elisya Sandha selamat mengikat tali pertunangan dengan anak sulung pelakon dan penerbit, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy, malam tadi.

Menerusi perkongsian Sheila di Instagram, penerbit itu memuat naik sekeping gambar berpelukan dengan seorang wanita yang berpakaian putih seperti pengantin di atas sebuah pelamin.

Malah berita gembira itu turut disahkan oleh suami Sheila sendiri, penerbit dan pengarah Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya yang berkongsi berita pertunangan anaknya menerusi sebuah video.

Menerusi video yang dimuat naik, Elisya yang kelihatan menangis diapit oleh ibunya, Hatijah Teh Man dan Sheila kelihatan cantik dalam persalinan serba putih.

Sementara kelibat Uzair yang mengenakan pakaian sedondon berwarna putih pula cuma dapat dilihat dari belakang.

“Teman dia macam mana papa teman mama,” tulisnya.

Perkongsian Jinggo dan Sheila dihujani ucapan tahniah daripada peminat yang teruja melihat mereka akan menerima kehadiran menantu sulung dalam keluarga tidak lama lagi.

Dalam pada itu, menerusi tinjauan di Instagram Story Elisya, adik kepada aktres Fasha Sandha itu memuat naik gambar tunangnya sedang mendirikan solat daripada belakang.

“Syukur, Alhamdulillah,” tulisnya di Instagram Story.

Pada majlis itu, Fasha bersama suaminya yang juga pelakon Aidil Aziz turut hadir pada majlis penuh bahagia itu apabila memuat naik beberapa foto berlatarbelakangkan pelamin sama.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *