Semasa

Dedah surat yang ditulis kepada kedua ibu bapanya sehari sebelum ke angkasa. Perkongsian Dr Sheikh Muszaphar sekali lagi raih perhatian

Siapa saja yang tak kenal angkasawan negara pertama Malaysia iaitu Dr. Sheikh Muszaphar.10 Oktober 2007 adalah tarikh dimana sejarah negara tercipta apabila seorang anak jati Malaysia telah berlepas ke ruang angkasa lepas untuk melakukan pelbagai eksperimen selama 10 hari.Pasti ramai diantara kita yang tertanya-tanya tentang bagaimanakah perasaannya sebelum beliau dijadualkan berlepas ke angkasa dengan menaiki roket buatan negara Rusia bernama Soyuz TMA-11.

Melalui satu perkongsian di akaun Instagram rasminya, beliau ada menyebut tentang perasaan sebelum dia berlepas ke ruang angkasa sambil turut berkongsikan sepucuk surat yang ditulis kepada kedua ibu bapanya.Menurutnya, surat tersebut ditulis sehari sebelum beliau menjalankan misinya itu. Ketika itu, beliau sedang berada di Baikonaur, Kazakhstan.

Pada ketika itu, ibu bapanya ada datang untuk melawatnya buat kali terakhir sebelum beliau berlepas pada keesokannya.Mereka sempat berborak. Menurutnya, beliau dapat melihat bahawa air mata kerisauan pada kedua-dua ibu bapanya itu.Katanya, sebelum beliau berlepas, perasaan gementar, teruja dan takut itu bercampur baur.

Selain daripada itu juga, beliau turut tahu bahawa apa-apa boleh terjadi dan risiko yang diambilnya itu amat tinggi.Malahan, timbul persoalan dalam dirinya yang mengatakan bahawa adakah berbaloi mengambil risiko ini dengan tinggalkan orang-orang yang tersayang.Pun begitu, beliau tetap cekalkan semangatnya untuk meneruskan misi dan meletakkan segala kepercayaannya kepada Allah S.W.T sahaja.

Hasil daripada itu, beliau menyatakan bahawa pengalamannya menjelajah angkasa lepas telah menukar perspektif kehidupannya secara menyeluruh.Surat tersebut difahamkan tidak pernah dikongsinya kepada sesiapa pun. Bahkan, beliau telah pun terlupa akan surat itu sehinggalah ke hari ini.Sumber: drsheikhmuszaphar

Terpaksa Jalani Operasi Melahirkan Anak Kembar Mereka Yang Baru Berusia 34 Minggu. Dr Isteri Muszaphar Dedahkan Sakit Dan Punca Terpaksa Lakukan Operasi

Isteri kepada angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar iaitu Dr. Halina terpaksa menjalani operasi melahirkan anak kembar mereka yang baru berusia 34 minggu dalam kandungan.Sheikh Muszapahar berkata isterinya menghidap pre-eclampsia yang mana nyawa ibu dan bayi berada dalam keadaan bahaya jika tidak dirawat.“Sedang menunggu untuk dibedah ketika usia kandungan 34 minggu.

“Dr Halina menghidap keadaan krtkl yang disebut pre-eclampsia yang boleh membawa bahaya kepada ibu dan anak kembar jika tidak dirawat.“Ia biasanya berlaku pada ibu mengandung pada 34 minggu yang berkaitan dengan tekanan darh, bngkak dan protein tinggi dalam air kencing,” katanya.Sheikh Muszapahar berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.Semalam, angkasawan itu memaklumkan isterinya terpaksa ditahan di wad kerana keadaan kandungan yang membimbangkan.

Menjelaskan lagi tentang sakit yang dihadapi isterinya, beliau memberitahu ia berpunca dari banyak faktor.“Puncanya? Banyak faktor seperti usia 40 tahun, kehamilan kembar itu sendiri antara lain.“Masalahnya timbul dari plasenta itu sendiri yang melibatkan buah pinggang dan hati dan sebab itu pentingnya mengeluarkan kembar secepat mungkin.“Steroid diberikan untuk membantu kematangan paru-paru kerana bayi baru berusia 34 minggu,” jelasnya.

Sheikh Muszaphar memberitahu operasi dijadualkan esok tetapi mereka masih berharap jika ia dapat dilambatkan.“Rancangannya adalah untuk melakukan operasi esok tetapi kami berharap dapat menunggu sedikit lebih lama.“Anak kembar sekarang berada pada berat 2.2 kg dan 2.4 kg dengan kadar denyutan jantung yang baik dan tidak sabar untuk keluar. Begitu juga dengan kami tetapi sila tunggu sedikit lagi,” katanya lagi.

Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Dilaporkan Kandungan Bayi Kembar Dah Cecah 34 Minggu. Dr Muszaphar Dedahkan Punca Isteri Dia Terpaksa Dimasukkan Ke Wad

Terbaru Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar memaklumkan bahawa isterinya yang kini mengandung bayi kembar terpaksa ditahan di wad sebuah hospital hari ini.Menurut Muszaphar, isterinya, Datin Dr. Halina kini perlu dipantai secara rapi berikutan bacaan tekanan darh dan gulanya tidak berapa stabil.”Kandungan Dr. Halina kini sudah berada pada 34 minggu, Alhamdulillah.

“Malangnya, dia terpaksa dimasukkan ke wad hari ini untuk pemantauan rapi berikutan bacaan tekanan darh dan paras gula tinggi yang mengakibatkan dirinya mengalami pembengkakkan.”Mengandung anak kembar, horman tidak akan stabil dan perlu dikawal,” katanya menerusi satu entri di Instagram.Dalam hantaran tersebut, Muszaphar memuat naik video dirinya bersama isteri menjalani ujian saringan Covid-19 yang menjadi syarat wajib bagi kemasukan ke wad.”Bertabah sayang,

Insya-Allah semuanya akan dipermudahkan. Doakan kami ya,” corentnya.Di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar segala urusan Muszaphar dan isterinya bagi menimang anak kembar kedua mereka dipermudahkan.Sebelum ini, pasangan tersebut mendedahkan bakal menimang pasangan kembar kedua mereka pada tahun ini.

Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Kami Mengharapkan Kelahiran Normal Kali Ini. Dr Sheikh Muszaphar Dedahkan Keadaan Bayi Mereka Dalam Kandungan Sekarang Yang Hanya Bergntung Kepada Sesuatu Ini.

Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar mengakui beliau dan isteri, Dr. Halina mengharap kelahiran normal buat sepasang bayi kembarnya yang kini sudah berusia 32 minggu dalam kandungan. Pun begitu, Dr Sheikh Muszaphar memberitahu ia bergantung kepada kedudukan bayi dalam kandungan sebelum kelahiran mereka.

“Alhamdulillah, anak kembar membesar dengan baik dalam perut. Bayi kembar lelaki kini 2.1 kilogram (kg) dan perempuan pula 1.9 kg. “Kami mengharapkan kelahiran normal kali ini tetapi semuanya bergantung pada kedudukan bayi pertama. Kepalanya perlu berada di bawah. “Nampaknya yang si perempuan itu seronok bermain akrobat dan kedudukannya songsang,” katanya. Dr Sheikh Muszaphar berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut beliau memuat naik rakaman video doktor sedang melalukan imbasan di perut isterinya.

Bercerita lanjut mengenai keadaan isterinya, Dr Sheikh Muszaphar memberitahu Dr. Halina sedang sarat dan sering mengalami sakit belakang. “Halina kini semakin sarat, dia sering mengadu sakit belakang dan sukar untuk tidur malam. Sehinggakan dia hendak menangis menahan kesakitan. Kalau lah saya dapat mengambil alih tempatnya.

“Apa-apa pun saya doakan agar ia dipermudahkan,” katanya lagi. Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.- GEMPAK

Mengejutkan Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan isterinya alami trauma selepas ini yang berlaku pada kandungan isterinya. Kejadian itu dikongsikan melalui satu video

Datuk Dr Sheikh Muszaphar berkongsi satu video isterinya Datin dr Halina yang sedang melakukan scan untuk mencari degupan jantung bayi kembar yang sedang dikandung isterinya itu. Menurut Dr Sheikh Muszaphar, mereka melalui satu pengalaman yang cukup traumatik malam tadi apabila bayi kembar dalam kandungan tidak bergerak selepas berlaku satu kejadian yang tidak diingini.

“Kami mengalami pengalaman yang cukup traumatik malam tadi. Ketika kembar Adam dan Noah sedang bermain, secara tidak sengaja mereka terjatuh di atas perut Dr Halina. Mereka jatuh dengan kuat. “Dr Halina hanya mendiamkan diri sepanjang masa dan hanya memberitahu saya salah seorang kembar di dalam perutnya tidak bergerak atau menendang sudah lebih dua jam,” tulis Dr Sheikh Muszaphar dalam Bahasa Inggeris.

Tambah Dr Sheikh Muszaphar, dia berasa tidak sedap hati memandangkan kembar di dalam perut sangat aktif pada waktu malam terutamanya kembar perempuan. “Tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi, kami terus ke Bahagian Kecemasan pada pukul 1:00 pagi. Perjalanan 20 minit ke hospital seperti terlalu lama. Kami hanya terdiam di dalam kereta. Saya lihat Dr Halina menangis.

“Did an urgent Ultrasound Scan and Alhamdulillah both heartbeats were detected. Syukur sangat kepada Allah. Saya tak dapat bayangkan jika sesuatu berlaku kepada kembar yang belum lahir atau mana-mana anak kami. Minta Tuhan jauhkan, Nauthu Billah,” tulis Dr. Sheikh Muszaphar lagi. Datuk Dr Sheikh Muszaphar juga ingin berkongsi dengan semua ibu yang sedang mengandung di luar sana supaya tidak mengambil mudah dalam apa jua keadaan yang berlaku.

“Ikut firasat dan rasa anda kerana seorang ibu lebih mengetahui. Pastikan anak dalam kandungan sentiasa menendang, sekurang-kurangnya 10 kali dalam sejam. “Jangan tangguh untuk ke hospital. Setiap saat sangat getir. Setiap ibu mengandung perlu ada pengetahuan tentang anak yang dikandung dalam apa juga keadaan. Expect the unexpected. Pasangan juga perlu ada bersama setiap masa untuk menyokong. Ianya boleh berlaku pada sesiapa sahaja,” pesan Dr Sheikh Muszaphar.

Dr Sheikh Muszaphar turut memohon daripada semua agar mendoakan kemudahan kepada Dr Halina sepanjang kehamilannya. Dia juga memberitahu mereka akan melakukan scan sekali lagi pada hari ini. Datuk Dr Sheikh Muszaphar mendirikan rumah tangga bersama Datin Dr Halina Mohd Yunos pada 10 Oktober 2010. Mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata, Sophea Isabella dan Sophea Natasha, serta cahaya mata kembar, Sheikh Adam dan Sheikh Noah. Dr Halina kini sedang hamil dengan kembar perempuan.

SUMBER: GEMPAK

Sekali lagi bakal terima bayi kembar. Kali ni lain daripada yang lain. Datuk Dr. Sheikh Muszaphar terus dedahkan jantina anak

Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar berkongsi khabar gembira di Instagram memaklumkan dia sekali lagi bakal menimang cahaya mata kembar.Tambah menggembirakan, ahli keluarga baru yang bakal dilahirkan nanti dijangka kembar sepasang iaitu lelaki dan perempuan.

Menerusi posting berkenaan, Dr. Muszaphar turut berkongi foto imbasan ultrasound kandungan isterinya, Datin Dr. Halina Yunos.“Pic – Antenatal Scan today. Alhamdulillah – it’s a pair. A Boy and A girl. Truly excited.“Dr Halina is 22 weeks pregnant now. Still a long way to go. Do pray for her well being everyone. Amiinn. Love As Always.

“PS – The twins are laying side by side,” tulisnya.Berita gembira tersebut nyata menarik perhatian ramai pihak selepas meraih lebih 47,000 tanda suka malah turut dihujani ribuan komen.Melihat di ruangan komen pula, rata-rata warganet dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan segala urusan Dr. Muszaphar dan isteri dipermudahkan.

Terdahulu, Dr Muszaphar berkahwin dengan Dr Halina Mohd pada Oktober 2010 dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.Dua orang puteri yang diberi nama Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta dua putera kembar, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Sumber: Instagram Datuk Dr. Sheikh Muszaphar

Bakal Timang Kembar Buat Kali Ketiga. Datuk Dr Sheikh Muszaphar Bongkarkan Fakta Tantang Anak Kembar Yang Ramai Tak Tahu

Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi fakta serta tip tentang anak kembar. Menurut Sheikh Muszaphar perkongsian itu dibuat selepas ramai yang bertanya bagaimana hendak mendapatkan anak kembar selepas beliau kini bakal menimang cahaya mata kembar buat kali kedua.

“Sedikit Fakta Tentang Cahaya Mata Kembar. Pertama, Adam dan Noah adalah kembar DCDA (tidak serupa). Maksudnya, mereka mempunyai plasenta dan membrane yang berasingan. Kembar seiras sentiasa berada dalam jantina yang sama.

Kedua, Kembar perempuan adalah lebih biasa berbanding kembar lelaki Ketiga,Meskipun kembar seiras namun mereka mempunyai cap jari dan gigi berbeza Keempat, Ibu mengawal gen kepada peluang untuk hamil kembar. Gen bapa tidak memainkan perasan untuk memiliki anak kembar. Yang kelima, Kembar bukan genetik.

Keenam, Keladi dan ubi kayu adalah makanan yang menambahkan peluang untuk ibu hamil kembar. Selain itu, produk tenusu seperti susu dan keju. Tujuh,Kembar mula menjalinkan ikatan sesame mereka bermula dari 14 minggu kehamilan. Oleh kerana itu mereka mempunyai ikatan yang istimewa. Lapan,Wanita lebih berusia mempunyai peluang untuk menimang cahaya mata kembar

Sembilan, wanita yang lebih tinggi juga mempunyai peluang untuk menimang cahaya mata kembar Sepuluh, kembar seiras mempunya DNA yang hampir sama sebanyak 99.9 peratus,” nyatanya Muszaphar berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto anak kembarnya Adam dan Noah. Kemas kini berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang teruja untuk mendapatkan bayi kembar sepertinya. Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.-gempak

Bakal timang kembar buat kali ketiga

Dr Sheikh Muszapha berkongsi berita gembira mengenai isterinya kini hamil anak kembar. ANGKASAWAN negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha bakal menimang sepasang lagi anak kembar. Berita gembira itu dikongsi oleh beliau menerusi laman Instagramnya, lewat petang Khamis. Dr Sheikh Muszaphar berkata, isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos kini hamil 13 minggu. “Menjangkakan kembar lagi. Alhamdulillah, syukur teramat. “Dr Halina kini hamil 13 minggu dengan kembar,” katanya.

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, beliau berasa amat gembira dan tidak dapat mengambarkannya dengan kata-kata. “Ia seperti Deja vu sekali lagi. “Kami sentiasa mahukan sebuah keluarga yang besar,” tambahnya. Beliau bagaimanapun memberitahu, berbadan dua, anak kembar adalah berisiko tinggi berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini.

“Mual berganda, muntah berganda, kembung berganda, keinginan berganda dan pengeluaran cecair merah berganda seperti yang pernah dialami isteri. “Sukar untuk melihat Dr Halina dengan kandungan trimester pertama dan masih bekerja sebagai frontliner (petugas barisan hadapan) bagi merawat pesakit Covid-19,” katanya.

Perkongsian Dr Sheikh Muszaphar di laman Instagram beliau. Sehubungan itu, Dr Sheikh Muszaphar berkata, perjuangan isterinya sememangnya berhak disanjung. “Satu-satu perkara yang dapat saya lakukan ialah menambah berat badan bersama dengannya, yang merupakan sebahagian daripada perjanjian. Haha,” ujarnya secara berseloroh.Dr Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah. Sumber:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *