Hiburan

Datuk Seri Aliff Syukri, luah rasa syukur di kurniakan bakat pandai menyanyi!!

Baru-baru ini, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri memberi bayangan bakal mengeluarkan lagu raya terbaharu tidak lama lagi.

Menerusi Instagram, Aliff dilihat ada memuat naik ‘teaser’ single tersebut bersama pengikutnya. Meskipun tidak berkongsikan judul lagu itu, namun ramai tidak sabar menantikan.

Terdahulu,  Aliff berkata lagu tersebut adalah untuk menghiburkan hati mereka yang tidak dapat pulang ke kampung berhari raya susulan rentas negeri tidak dibenarkan.

Klik untuk videonya..

Nampaknya, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri memberi bayangan bakal mengeluarkan lagu raya terbaharu tidak lama lagi.

Menerusi Instagram, Aliff dilihat ada memuat naik ‘teaser’ single tersebut bersama pengikutnya. Meskipun tidak berkongsikan judul lagu itu, namun ramai tidak sabar menantikan.

“Yes or no? Patut tak saya keluarkan lagu raya tahun ini? Kalau ramai yang komen yes, saya akan keluarkan.

Klik untuk videonya..

“Saya harap anda semua komen jujur ya. Komen anda penentu lagu raya tahun ini saya keluarkan ataupun tidak. Insya-Allah malam ini, kalau ramai yang beri sokongan, saya akan ke bilik rakaman,” tulisnya.

Dalam pada itu, Aliff berkata lagu tersebut adalah untuk menghiburkan hati mereka yang tidak dapat pulang ke kampung berhari raya susulan rentas negeri tidak dibenarkan.

“Saya akan keluarkan lagu yang sedap untuk halwa telinga anda. Saya berjanji kepada anda semua, lagu ini bakal memberi kegembiraan di musim PKP, maklumlah orang tengah sedih,” katanya.

Seperti sudah dijangka, ada yang memberi komen negatif mengatakan suaranya yang dikatakan sengau, namun ramai yang mengatakan tidak sabar mendengar lagu tersebut sebagai hiburan di hari raya.

Sumber : Roti Kaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *