“Datuk Aliff dah merajuk sebab korang..” tampil mohon maaf, susah payah buat MV Love Raya tapi kena kcam

SELEPAS ditegur ibunya kerana memuat naik klip video single terbaharu berjudul Love Raya memaparkan aksi lelaki menari menggeletis, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri tampil membuat permohonan maaf.

Berkecil hati dengan kecaman diterima, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, berkata dia sudah mengeluarkan kos yang besar untuk menghasilkan lagu dan MV berkenaan.

“Kepada mak saya (Rozita) dan semua netizen yang melihat video saya tu, saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.

size NP 1 - 2024-04-01T141202.870

Aliff padam klip video raya selepas teruk dikecam hebat netizen.

“Memang saya kecil hati sebab saya dah bersusah payah siap keluarkan modal puluhan ribu ringgit untuk penari, juruvideo.

“Tapi netizen tak tengok lagi dah kecam melampau-lampau dan itu menyebabkan saya sedih,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Isnin.

Dalam pada itu, Aliff memberitahu dia juga mengambil keputusan memadam video berkenaan daripada media sosial miliknya.

“Saya tak nak bersedih atau marah. Saya salahkan diri sendiri

“Saya dah padam video itu. Padahal orang kat luar lagi banyak buat benda pelik-pelik,” ujarnya.

Terdahulu, Rozita meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Aliff dan menyifatkan MV tersebut mencemarkan 10 malam terakhir di bulan Ramadan.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *