Infomaklumat

“Cik Azizah Barang Dah Sampai,” Permaisuri Agong Kongsi Kisah Lucu Beli Online

Nampaknya bukan rakyat Malaysia sahaja yang suka membeli belah secara dalam talian, terutamanya pada waktu negara kita sedang dilanda w4bak COVID-19 ni kan?

Raja Permaisuri Agong Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga tidak ketinggalan mengambil peluang untuk berbelanja di platform online tau!

Baru-baru ini, pereka fesyen terkenal Rizalman telah memuat naik beberapa f0to menerusi laman Instagram Story miliknya setelah menerima pelbagai hadiah sempena hari ulangtahun kelahiran daripada Tuanku yang dibeli secara dalam talian.

Bagaimanapun, perkara tersebut telah menimbulkan tanda tanya daripada pengikutnya:

Rizalman bagaimanapun tampil menceritakan bahawa Tuanku Azizah pernah menceritakan situasi tersebut kepadanya di mana Tuanku menggunakan namanya sendiri dan terdapat kisah di sebalik itu:-

“Tuanku sendiri lah yang buat.. Tuanku cerita orang tu nak hantar kat Tuanku.. Siap cakap ‘cik Azizah, barang cik dah nak sampai,” tulis Rizalman

Melihat perkongsian Rizalman, terdapat pengikut lain turut meninggalkan respon lucu:-

Sempoi lah Tuanku Azizah ni!

Apa-apa pun pesanan buat semua supaya berhati-hatilah ketika membuat pembelian dan pembayaran ketika berurusan dengan penjual dalam talian.

Sentiasa ambil langkah berjaga-jaga dan berbelanjalah mengikut kemampuan..

Sumber : Instagram Rizalman71 / DDP

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *