Infomaklumat

“Bunyi Angin Kuat Masuk Ke Kereta Ketika Laju?” Jangan Gunakan “Sound Proof” Dahulu

SELALU kalau korang drive lebih 100km/j, korang ada dengar bunyi bising yang sangat mengganggu di bahagian pintu tak?

Andaian bunyi tu adalah pintu kereta tak betul-betul rapat dan itu adalah bunyi angin masuk kereta.

Kalau korang syak pintu tak betul-betul rapat atau kedap, ini lah 3 sebab dan ada 3 TIPS yang sangat membantu.

Jangan gunakan “Sound Proof” (Silence Door) dahulu, jika bunyi angin kuat masuk ke kereta. Admin kongsikan 3 sebab bunyi angin masuk kereta dan cara atasinya:

 

1. GETAH CERMIN. Semasa sedang memandu dan anda dengar bunyi bising pada tingkap, turunkan tingkap kereta anda dahulu.

Sekiranya bunyi tersebut hilang, bermaksud getah cermin dah kurang. Sekiranya anda tak nak tukar getah cermin tersebut, anda boleh meletakan silicon getah untuk tingkap. Benda ni ada dijual di kedai accessories kereta atau hardware.

2- PINTU DAH JATUH. Anda boleh tengok dari luar secara tegak samada pintu kereta pada bahagian depan dan belakang lurus atau tidak? Tengok dekat pada garisan pintu.

Sekiranya tak lurus, buka pintu seluasnya kemudian goyangkan secara atas bawah beberapa kali. Sekiranya ada free play, ini bermakna door hinges dah kurang.

Maka korang kena tukar. Harga dari RM10 hingga RM50 bergantung pada model kereta tersebut.

3- GETAH PINTU. Buka pintu dan tengok kondisi getah pintu samada terkoyak atau terlipat. Sekiranya ada koyak? Anda kena beli yang lain nampaknya. Tampal pun dah tak guna.

Korang boleh gunakan Soundproof yang ada dijual sekiranya semua tips di atas tidak berkesan mungkin kerana kereta lama, semuanya banyak yang longgar.

Cuba dulu tips diatas bagi mengurangkan kos membaiki nya. Soundproof adalah getah tambahan yang halang angin masuk dari luar sekaligus kereta jadi kedap bunyi.

Tapi kalau dah senyap sangat nanti bila ᴀᴍʙᴜʟᴀɴᴄᴇ lalu pun tak dengar, hahaha. Okay Admin bergurau saja.

 

Tips untuk memasukkan gear p semasa parking

Jangan Terus Masuk Gear ‘P’, Cara Yang Betul Masuk Gear Masa ‘Parking’ Untuk Kreta Auto

Zaman sekarang, mesti ramai yang dah pakai kereta automatik kan? Tak dapat dinafikan, kereta automatik lebih senang dikendalikan berbanding kereta manual. Start enjin, masuk gear, tekan minyak, kereta dah jalan. Jarang dah kita dengar rungutan lenguh kaki tekan clutch macam waktu pakai kereta manual dulu.

Kereta jenis automatik ni walaupun nampak mudah dikendalikan, tapi senang jugak timbul masalah hanya disebabkan cara pemanduan kita sehari-hari. Salah satunya cara masuk gear masa parking.

Bila nak parking kereta, berapa ramai pemandu kereta automatik yang terus masuk gear ‘P’ lepas tu tarik hand brake? Tahu tak sebenarnya, benda yang anda buat hari-hari ni boleh menyebabkan masalah pada gear box. Macam mana boleh jadi macam tu?

Video yang diunggah oleh pengguna TikTok ciktiva ini menjawab persoalan kenapa cara yang selalu anda buat masa parking tu salah, selain menunjukkan langkah yang betul. Video ini mendapat 805.9 ribu tontonan dan 69.1 ribu sukaan setakat ini.

Jom tengok video di bawah ni untuk ‘selamatkan’ gear box anda.

Sumber : ciktiva / papnkekunci / cari

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *