“Bukan saya nak menghancrkan rumah tangga orang tapi boyfriend saya lagi hot” Fathia dedh dia dah ada teman lelaki

PELAKON Fathia Latiff tidak berniat untuk merampas atau menghancurkan rumah tangga Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson ekoran mengeluarkan kenyataan yakin aktor itu masih mencintainya.

Jelas Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 36, dia sudah mempunyai teman lelaki dan kekasihnya itu lebih kacak berbanding Aiman.

Bagaimanapun Fathia tidak merancang untuk mendedahkan identiti atau wajah jejaka berkenaan.

Fathia 2

Fathia baru-baru ini mendapat banyak perhatian orang ramai.

“Bukan saya nak menghancurkan rumah tangga orang tapi boyfriend saya lagi ‘hot’ daripada suami dia (Zahirah).

“Jadi buat apa saya nak rampas,” katanya.

Fathia berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung yang dibuat menerusi TikTok.

Sejak beberapa hari lalu, Fathia kembali menjadi perhatian ramai apabila dia kerap berkongsi secara terbuka kisah lama selain membandingkan dirinya dengan Zahirah.

Kenyataan dibuat Fathia menimbulkan kemarahan netizen selepas mengelarkan Zahirah sebagai wanita memiliki wajah seperti bibik atau pembantu rumah.

Ia semakin berlarutan apabila memuat naik gambar lama dia bersama Aiman Hakim dengan beranggapan bekas kekasihnya itu masih menyayanginya.

Fathia 1

Aiman dan Zahirah tidak mengendahkan kontroversi yang melanda dirinya.

Pada satu hantaran berbeza dia turut memuat naik satu keratan lama akhbar temu bual Aiman yang bercakap tentang dirinya.

Bukan itu sahaja, perseteruan antara Fathia dan pelakon Zarina Anjoulie juga terbongkar apabila kedua-duanya saling berbalas kenytaan di media sosial.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *