“Buang Ruhainies, bukan cakap kosong” Datuk A. Aida tawar bukan hanya 1 kontrak pada Bella tapi lebih

PENERBIT drama Datuk A. Aida menyifatkan langkahnya menyenaraihitamkan pelakon Ruhainies memberi peluang besar buat aktres Bella Astillah.

A. Aida atau Zaidah Awang, 54, turut meluahkan rasa kesal apabila Ruhainies sanggup menjalinkan hubungan dengan aktor Aliff Aziz iaitu suami kepada Bella, sahabat baik sendiri.

“Saya tak sangka dia tergamak buat begitu. Apa yang saya tahu Ruhainies dan Bella kawan baik, tapi dalam diam-diam rupanya ada hubungan dengan Aliff.

NP-126

Datuk A.Aida tiada kompromi dengan artis bermasalah.

“Sebab itu saya ‘black list’ nama Ruhainies. Saya buang nama dia dalam senarai pelakon drama terbaru saya yang bakal memulakan penggambaran April nanti,” katanya kepada mStar.

A. Aida ditemui ketika Bella hadir ke pejabatnya untuk menerima tiga skrip drama baharu selain menandatangani kontrak lakonan bawah syarikatny.

Bagi A. Aida peluang untuk Bella ini bukan sekadar tanda sokongan terhadapnya malah ia juga dapat membantu wanita itu meneruskan kerjaya seni.

Selain itu tambah A. Aida mana-mana pelakon yang bermasalah dia juga boleh menjejaskan nama baik industri dan individu itu tidak harus diberi peluang.

“Selepas saya buang nama Ruhainies kami ada berbincang bersama pasukan produksi dan kami terus terfikir tentang Bella. Saya sendiri yang hubungi Bella dan beri tawaran berlakon.

“Bukan satu, tapi tiga skrip saya berikan sekaligus. Saya juga membuka peluang buat Bella untuk terlibat dalam program saluran Salam HD milik saya.

“Bukan Ruhainies sahaja, mana-mana artis bermasalah saya tidak akan ambil berlakon. Kalau Ruhainies, dia minta maaf pun saya tak terima dia berlakon lagi.

NP-128

Bella memfailkan tuntutan cerai terhadap Aliff selepas isu kontroversi bersama Ruhainies.

Bella menerima tiga tawaran untuk drama berjudul Elham Untuk Niam, Matahariku dan Move On Romeo.

Semua drama tersebut bakal memulakan penggambaran sepanjang tahun ini.

Dalam pada itu Bella melihat ia adalah langkah untuk dia terus kukuhkan kerjaya di samping melupakan seketika masalah yang berlaku.

“Saya kena kuat untuk diri sendiri dan anak. Mungkin dengan kembali bekerja ini dapat membantu saya melupakan sedikit masalah berlaku,” luahnya.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *