Keluarga

Bila pintu blkg dibuka, Alif mengucap pnjang. Tiba2 trnmpak sesuatu brlegar brpusing mngelilingi kereta

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Foto sekadar hiasan.

Kisah Lana.

Selepas mendapat gangguan di dorm lama, kami pindah ke sebuah apartment yang lebih selesa. Sebuah bangunan 10 tingkat. Aku, Sera dan May berkongsi rumah. Manakala student lelaki berjiran dengan kami.

Pada waktu ini kami kenal abah dan mama sepasang suami isteri yang mempunyai anak lelaki seramai lima orang. Mereka mempunyai kedai makan berdekatan rumah sewa kami. Mama teringin mempunyai anak perempuan sebab itu dia telah menganggap kami seperti anak sendiri.

Tempat abah dan mama lah kami menumpang kasih selama berada di perantauan ini. Satu hari mama dan abah mengajak kami untuk beriadah. Aku satu kereta dengan Sera dan Alif anak mama yang ke dua. Alif bertugas sebagai pegawai p0lis. Mama dan abah menaiki sebuah lagi kereta milik Hazaq anak sulung mama, bersama tiga lagi anak mama Amir, Amirul dan Boy.

Di pertengahan jalan, Alif mendapat info dari balai p0lis berdekatan bahawa ada laporan kemaIangan di kawasan tempat kami lalu. Walaupun Alif tidak on duty, dia rasa bertanggungjawab untuk melihat kawasan kemalangan.

Apabila sampai ke kawasan kemaIangan, tiada kemalangan seperti yang dilaporkan. Alif membuat panggilan semula ke balai p0lis. Mereka beranggapan kemungkinan ada budak bdak nakal yang membuat panggilan paIsu.
Kami meneruskan perjalanan.

Memandu ke hadapan sedikit kami melihat ada satu kereta tersadai berasap kecil.

Kereta jenis Toyota fortuner kalau tak silap. Tersasar sedikit dari kawasan kemalangan yang dilaporkan.

Masa ni aku mula melihat aura gelap di sekeliling kereta yang tersadai. Aura merah gelap kelihatan dari mata halus di sekitar kereta toyota itu.

Kuatnya aura itu sehingga membuatkan sesiapa saja yang ada di situ terasa seram, rasa tak senang. Alif membuka pintu kereta ingin melihat kereta mangsa yang tersadai.

Ingin melihat kalau kalau ada kemalangan jiwa yang berlaku. Aku menegah Alif kerana aura yang aku rasa itu bukan seperti biasa.
Aura yang sesiapa pun tiada kebolehan untuk melihat makhluk ghaib boleh terasa bulu roma meremang.

“Takpa jangan risau. Kereta kemaIangan saja.” tegasnya. Tapi aku tahu Alif juga rasa sesuatu. Sera di belakang sudah seram sejuk.

Sera tiada kemampuan untuk melihat, tapi dia mampu merasa entiti yang ada.

“Lana nak ikut. Sera duduk sini?”. Sera mengangguk pantas. Aku membuntuti langkah Alif menuju kereta yang tersadai.

Asap kecil muncul dari hadapan kereta.Kereta rem9k sikit di hadapan. Kami menjenguk penumpang di dalam kereta. Kereta terkunci rapat. Alif mencuba membuka kereta berungkali.

Akhirnya pintu kereta dapat diselak. Di bahagian pemandu dan penumpang di sebelah ada satu pasangan remaja yang tidak sedarkan diri.

Drah segar mengalir di dahi dan anggota badan yang lain. Bergerak ke bahagian belakang kereta, Alif cuba membuka pintu belakang kereta pula.

Dapat membuka sahaja, Alif mengucap panjang, perlahan matanya dialihkan.

Astaqfirullahhaladzim… Aku memandang tak percaya. Terkulai layu sepasang lelaki dan wanita dalam keadaan tidak berpakaian, tengah melakukan hubungan int1m ketika kemalangan terjadi.

Masih utuh dalam keadaan itu. Pasangan yang agak tua dari pasangan remaja yang duduk di hadapan. Di leher tergantung rantai salib. Nauzubillaminzalik. Aku terkaku. Alif membuat panggilan ke balai p0lis.

Sementara menunggu pihak p0lis dan ambulans datang, aku diarahkan untuk duduk di bahagian kereta Alif.

Kereta mama dan abah ada sekali di situ. Entah bila mereka sampai.

Dari kereta aku dapat melihat satu lembaga hitam besar dengan matanya merah sedang berlegar legar dan berpusing di kereta berulangkali. Pertama kali bagi aku melihat makhluk seperti itu. Aura kemarahannya sangat terasa, malah keadaan di sekitar situ mampu bertukar gelap seperti cuaca akan ribut.

Sesiapa saja ada di situ diam terkutik tanpa bicara termasuk aku.

Keadaan itu berterusan. Lmbaga besar itu terus berlegar berpusing pusing dalam keadaan marah di sekitar kereta yang kemalangan. Perjalanan kami terbatal. Kami perlu ke balai p0lis untuk memberi keterangan.

kami difahamkan, kesemua mangsa kemalangan tidak dapat diselamatkan. Mereka adalah satu keluarga sebenarnya.

Sepasang remaja yang duduk di hadapan itu adalah anak kepada pasangan yang berada di belakang kereta.

Timbul persoalan tentang status agma kerana ditemui perhiasan salib dia anggota badan. Tetapi mereka memiliki kad pengenalan dengan status agma IsIam, nama meIayu.

Mohon maaf, tiada niat untuk menyentuh isu isu agma. Tetapi ia sesuatu yang sukar untuk aku jelaskan sehingga hari ini seperti apa makhluk yang aku lihat itu.

Kadang kadang, aku tertanya mampukah orang yang mempunyai kebolehan melihat benda ghaib ini boleh melihat malaikat m4ut.

Aku pun tak tahu, kerana aura makhluk yang aku lihat itu sangat kuat sehingga sesiapa saja yang boleh melihat dengan mata batin akan melihat kawasan sekitar boleh bertukar merah, angin kuat seiring dengan marahnya makhluk itu. Allahualam.. Hanya tuhan maha mengetahui. Moga kita semua terhindar dari tipu daya syaiitan.

Reaksi Warganet

Dian Hamzah – Saya pernah baca juga. Seorang mak dengan tiga anak lelaki nya. Satu memandu, yang lain buat kerja sumbang mahram.

Masa accIdent, tulang rusuk tertusuk each other. Pastu tak boleh dipisahkan.

Ungku Emmy Rina –Cerita pasal makhluk takder la seram sangat tapi mti keadaan aIb tu sangat menyeramkan.

Tak sempat bertaubat dan mti dalam keadaan murt4d. Semoga Allah peliharakan kita dari perbuatan z4lim ini.

P/s: ada yang cakap fiksyen, ada cakap based on true story. Mana yang baik jadikan tauladan dan mana yang tak baik jadikan sempadan.

Tenne RH –Aku macam pernah baca cerita ne. Dah lama cerita ne aku baca. Tapi lupa pulak dekat mana aku baca. Mungkin dalam 6 ke 7 tahun yang lepas agakNya. Yang seingat aku yg buat projek tu anak dan ibu. Tapi entah lah, betul atau tak cerita ne.

Superkick –Dulu aku pernah baca mastika tak silap. Memang ada kisah ni. Tapi takde pulak yang pkai salib dan lmbaga hitam.

Cuma meningal dalam keadaan berz1na dengan 2 orang lelaki. Bila disiasat rupanya yang lelaki lelaki tu anak dia.. AlIahu..

Juan Ann –Ramai komen kata cita ni diciplak dari cerita yang real. Btw cita real yang korg claim ‘real’ tu memang betul betul real ke atau sekadar imaginasi seseorang jugak?

Sebab link link yang dishare pon cuma dengan ayat, cerita yang diceritakn oleh sorang bomba dari utara semenanjung. Tiada bukti sahih pon cita ni real. Lainlaaa kalo memang ada keluar berita yang sahih dari surat kabar ke, tv ke yang inform kemaIangan ngeri pada tarikh sekian sekian, di tempat sekian sekian ke.

Kalo ada yang jumpa artikel artikel berita yang confirm sahih pasal kes ni, tolong share pliss.. Huhu. Kredit edisimedia.

Sumber : Cinta via Fiksyen Shasha

P/s : Tidak dapat kami pastikan samada kisah yang dikongsikan ini berdasarkan kepada kisah benar atau hanyalah rekaan penulis semata mata.

Yang baik itu kita jadikan tauladan, dan yang buruk itu kita jadikan sempadan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : keluargabahagiafun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *