Semasa

“Bila Ditempat Tinggi, Org Suka Tgk Kita Jatuh” Suhaimi Saad dan Sajat Bergabung Pertahankan L0fa

Tindakan usahawan dan selebriti popular, Neelofa dan suami yang mengaku tidak bersalah melanggar SOP rentas negeri ketika perbicaraan mahkamah semalam.

Ini telah menyebabkan ramai netizen mengecam dirinya.

Bagaimanapun, belum reda lagi perbicaraan kes tersebut, timbul pula kontroversi baru.

Di mana netizen menuduh pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor tidak memakai ‘face mask’ sewaktu menghadiri prosiding mahkamah.

Rumah siap, pahat berbunyi. Selepas selesai satu isu, muncul isu yang baru.

Ia bagaikan karma yang mana ada sahaja yang tidak kena dengan  pengasas jenama Naelofar itu di mata netizen.

Namun begitu, berlainan pula bagi bekas penyanyi nasyid kumpulan In-Team, Suhaimi Saad.

Kesannya tengok sedhnyaMesti kepenatan sgt tu

Seperti yang ramai tahu, Mohd Suhaimi Saad pernah menyokong Neelofa setelah dia berniat membantu penjual burger yang dikompaun suatu masa dahulu.

Kali ini, lelaki berusia 41 tahun itu tampil sekali lagi melaungkan sokongan penuh dan memberi kata-kata semangay khas buat Neelofa dan suaminya, Haris Ismail menerusi ‘posting’ di Instagram.

Selain itu, dia turut memanjatkan doa memohon lindungan Allah ke atas pasangan selebriti terbabit.

Kesannya tengok sedhnyaMesti kepenatan sgt tu

“Sebahagian dari ujian yang mereka lalui, dah pun aku lalui. Walau coraknya tak sama, tapi warnanya hampir serupa.

Aku faham apa yang mereka rasa dan perlu hadapi. 

“Tak dapat luah dan cerita semua sebab tetap takkan dapat memahamkan setiap yang terpedaya, membenci dan berdengki.

Itulah asam garam dunia sebagai pejuang yang cuba berlari menuju ilahi,” tulisnya.

Menurut Suhaimi, dia memahami apa yang dialami oleh pasangan selebriti itu lebih-lebih lagi apabila pernah berkongsi pengalaman sama menerima kecaman orang ramau.

Dalam pada itu, dia turut meluahkan bahawa tiada siapa yang dapat memahami perjuangan mereka dek kerana terpedaya dan perasaan benci dan dengki terlalu tinggi.

Kesannya tengok sedhnyaMesti kepenatan sgt tu

“Bila manusia selalu menjatuhkanmu, itu bermakna engkau sedang berada di atas.

Kalau kau tak punya sesuatu yang lebih dan istimewa, tak akan ada siapa pun yang dengki dan sakit hati. Sabarlah dinda berdua,” tulisnya lagi.

Kesannya tengok sedhnyaMesti kepenatan sgt tu

“Dunia memang tempat penat. Mudah-mudahan Allah jadikan syurga tempat kita berehat selama-lamanya..” luah Suhaimi memberi semangat.

Sementara itu, dalam ‘posting’ berbeza, Suhaimi menunjukkan perasaan marah apabila Neelofa dipanggil oleh pihak polis yang ingin menyiasat tentang dakwaan wanita itu tidak memakai ‘face mask’ ketika pergi ke mahkamah.

Suhaimi turut mengutuk individu yang sibuk memviralkan orang yang langgar SOP.

Sebaliknya, kes rasuah, dadah, arak dan judi yang sepatutnya diviralkan habis-habisan.

Kesannya tengok sedhnyaMesti kepenatan sgt tu

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikutnya bersetuju dengan kenyataan suami kepada bekas penyanyi Ina Naim tersebut.

“Neelofa Kuat Walaupun Dikecam, Biasa Orang ‘Bersinar’ Ramai Yang Dengki”

Isu terpalit Neelofa itu turut mendapat perhatian usahawan kontroversi, Sajat yang memuat naik status memuji bekas pengacara MeleTOP itu yang tetap kuat walaupun dikecam.

“Wanita sangat kuat walaupun banyak yang orang kecam beliau, biasanya orang bersinar ni, pasti ramai dengki.

Saya tak pernah tengok beliau mengata orang malah dia sangat buat hal diri sendiri sahaja,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sajat menyifatkan Neelofa adalah seorang yang baik serta akan sentiasa memberi sokongan terhadap pengacara itu.

“Mengenali Neelofa seorang sangat baik. Rindu time ikut Circle Makeup Artist mekapkan Neelofa 6 tahun lepas adalah kenangan saya bertemu ‘live’ bersama Neelofa.

“Sis! We are always support you. Hidup Neelofa!,” tulisnya lagi.

        

Terdahulu, mahkamah membenarkan PU Riz diikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua kesalahan.

Manakala Neelofa diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh sebut semula kes

Sumber : budaksitu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *