Semasa

Bila Adik Mngsa LemAs Buka Mulut, Baru Tahu Kejadlan Sebenar

Apabila saya dengar abang (Naim Hariri) meminta pertolo­ngan, saya hanya pandang ke arah dia kerana menyangka dia bergurau.”

Itu kata-kata adik kepada bakal pengantin yang ditemukan Iem4s di Pantai Alur Tuman, Marang, Terengganu, kelmarin yang tidak menyangka jer1tan Naim Hariri Kamaruddin, 31, yang meminta tolong adalah kerana Allahyrham benar-benar berada dalam situasi b4haya.

Siti Nur Atiqah, 26, berkata, pada mulanya dia menyangka arwh abangnya itu menjer1t hanya untuk mengusik kerana sifatnya yang suka bergurau sebelum dih4nyutkan ombak besar.

” Tetapi apabila dia menjer1t meminta tolong sekali lagi, saya terus tahu bahawa dia bukan bergurau.

” Ramai orang di situ namun saya masih gagal menyelamatkannya.

” Saya cuba membaling boya beberapa kali tetapi gagal kerana talinya yang pendek,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas majlis pengkebumian jn4zah Naim Hariri di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Gombak, dekat sini semalam.

M4yat Naim Hariri ditemukan pasukan penyelamat terdampar di tepi pantai Kampung Alur Tuman, kelmarin, kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia dilaporkan Iem4s di Pantai Kelulut, Jumaat lalu.

Naim Hariri yang merupakan anak sulung daripada dua beradik dijadualkan melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Fatin Nabila Huda Ismail, 27, (gambar atas, duduk kanan) di Masjid Kampung Surau Haji Mat Zin di Bukit Payung, Marang pada pukul 10 pagi kelmarin.

Abang berkata dia rasa seperti laut itu memanggilnya

Menurut Siti Nur Atiqah, sebelum kjdian, mereka hanya merancang untuk berjalan di gigi air sebelum Naim Hariri memberitahu hasratnya untuk mandi di pantai itu.

” Sewaktu kami berjalan, tiba-tiba abang berkata dia rasa seperti laut itu memanggilnya sebelum mengambil keputusan mandi sekejap.

” Saya benarkan kerana abang adalah seorang perenang yang sangat baik namun mungkin keadaan ombak yang agak besar membuatkan abang h4nyut lebih jauh dan gagal berenang ke tepi pantai,” katanya.

Siti Nur Atiqah menggambarkan abangnya tidak banyak berubah beberapa hari sebelum tr4gedi itu tetapi sering mahu meluangkan masa bersama.

” Abang (Naim Hariri) banyak mengajak saya meluangkan masa bersama kerana katanya bila lagi untuk luangkan masa, namun saya sangka arwh berkata begitu kerana akan menamatkan zaman bujangnya,” ujarnya.

Sementara itu, keluarga pihak pengantin perempuan tetap meneruskan kenduri perkahwinan pada Sabtu lali meskipun mengetahui nasib menimpa pengantin lelaki.

Ismail Awang, 61, yang juga bapa kepada pengantin wanita berkata kenduri diadakan dari jam 12 tengah hari hingga 4 petang.

Menurut Ismail, kenduri tetap diteruskan hari ini kerana ramai tetamu sudah datang sejak 10 pagi.

Tinjauan pihak media mendapati Ismail dan keluarga kelihatan tenang ketika melayan tetamu yang datang menzahirkan simpati sebaik mengetahui tr4gedi itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *