“Biarlah saya pergi dulu sebelum Ibu..” Syada Amzah tak sanggup, janji ingin bawa keluar dari beban hidup

Di tahun yang baru Syada Amzah telah menyatakan hasratnya yang ingin membahagiakan ibunya dan memberi kesenangan agar ibunya dapat hidup dengan lebih selesa di tahun ini.

Kata adik kepada penyanyi terkenal Shila Amzah ini, hajat terbesar dirinya adalah ingin membahagiakan orang yang disayangi dan ibunya merupakan keutamaan untuk Syada. Sambungnya, dia juga ingin membawa ibunya untuk bercuti bersama-sama.

Biarlah saya pergi dulu sebelum Ibu sebab saya tak tahu akan buat apa kalau Ibu sudah tiada di dunia ini lagi.

Ibu adalah lubuk pahala dunia dan akhirat dan doa ibu tiada hijabnya. Doakan Adah tau Ibu, semoga Adah murah rezeki supaya boleh sentiasa belanja Ibu makan dan pakaian Ibu.

Bukan itu sahaja, pempengaruh ini juga sempat menyatakan hasrat-hasrat lainya yang ingin dicapai pada tahun 2024. Antaranya adalah ingin memperbaiki amal, ingin lebih berjaya dalam apa jua yang diceburi dan mahu mengeluarkan sekurang-kurangnya dua buah lagu.

Sebelum ini, Syada dan ibunya sempat terpalit dengan kontroversi di mana dirinya dan ibu didakwa dihalau keluar dari rumah mereka sendiri oleh Shila Amzah namun perkara itu dinafikan oleh Shila yang hanya ingin membawa mereka ke rumah yang lebih kecil namun lebih selesa.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *