Bergambar dengan lelaki atas pelamin, Hidayah bagi hint kini sudah tunangan orang, bukan calang2 orangnya

PERKONGSIANĀ foto memperlihatkan balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah bergambar bersama seorang lelaki di atas pelamin mengundang pelbagai reaksi pengikut.

Dalam foto berkenaan, Hidayah yang dilihat memegang sejambak bunga nampak anggun mengenakan baju sedondon berona biru bersama lelaki itu.

Bagaimanapun, identiti lelaki berkenaan tidak dapat dipastikan kerana dia bergambar membelakangkan kamera.

dayah 1

Hidayah kongsi foto bersama lelaki di Instagram.

Sementara itu menerusi ruangan kapsyen, Hidayah hanya meninggalkan emoji bentuk hati berwarna biru.

Perkongsian tersebut seakan-akan memberi bayangan Hidayah kini berstatus tunangan orang namun tiada butiran lanjut mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, rata-rata peminat meninggalkan ucapan tahniah jika benar Hidayah kini sudah menjadi tunangan orang.

Mereka juga turut menitipkan doa agar urusan Hidayah dipermudahkan selain turut bergembira dengan perkongsiannya itu.

“Alhamdulillah, awak berhak. Semoga dipermudahkan urusan dan bahagia hingga ke akhir hayat.

“Tahniah Dayah, tumpang gembira lihat Dayah dah jumpa pengganti.

“Alhamdulillah Dayah dah bertunang,” antara komen netizen.

mStar sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai foto berkenaan.

Untuk rekod, Hidayah dan Abam mendirikan rumah tangga pada 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima tahun.

Abam atau Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *