Keluarga

Beli Gelang Emas Sampai 3K, Sekali Nk Jual sbb Nk Pakai Duit, Baru Perasan Ada yg Tak Kena

Beli Emas Harga RM3,000, Bila Nak Jual Sebab Perlukan Duit, Baru Tahu Ada Tak Kena.

Memang tidak dapat din4fikan, permintaan terhadap aksesori emas semakin meningkat dari hari ke hari.

Walaupun harga emas kian menc4nak naik tetapi masih ramai lagi yang mahu membeli untuk tujuan pel4buran pada masa akan datang.

Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook iaitu Yasmin Jamil mengakui terkejut.

Ini apabila ingin menjual kembali gelang emas yang pernah dibelinya pada suatu ketika dahulu.

Nak jual balik gelang emas

Orang dok share ‘gelang golongan bangsawan’ katanya.

Sekadar berkongsi pengalaman, pernah beli dan pakai 3 tahun yang dulu.

Gelang ni masa beli memang mahal, ikut harga semasa mengikut berat (gram).

Tak ingat dah beli brapa dan berat berapa masa tu tapi 3k keatas.

nangtime.com - Beli Emas Harga RM3,000, Bila Nak Jual Sebab Perlukan Duit, Baru Tahu Ada Tak Kena

Dipendekkan cerita nak let go gelang ni sebab appak dia nak pakai duit ada hal kecem4san

(ku relakan sebab dia yang belikan huhu) nak pinjam dekat orang segan kan.

So offer tanya kt group ‘emas used’ di Facebook siapa yang nak ambil harga paling mahal.

Jadi ada seorang saudagar emas ni tawar harga emas agak tinggi masa tu, ingat boleh untung la kan jual emas masa harga tengah tinggi.

Menerusi perkongsian Yasmin, dia memberitahu pernah membeli gelang emas pada 3 tahun yang lalu dengan harga yang agak tinggi iaitu lebih dari RM3k.

Tetapi disebabkan mereka memerlukan duit untuk tujuan kecem4san, jadi dia terpaksa menjual kembali gelang emas tersebut.

nangtime.com - Beli Emas Harga RM3,000, Bila Nak Jual Sebab Perlukan Duit, Baru Tahu Ada Tak Kena

Tapi sangkaan meleset

Tapi sangkaan ku meleset rupa-rupanya gelang jenis macam ni ada besi guys di dalam dia.

Besar dan berat pula tu. Masa beli, besi tu ditimbang sekali mengikut harga emas.

Masa nak jual tukang emas akan patahkan dan buang besi tu dan hanya timbang untuk harga emas sahaja.

Aku tertipu dan baru ku tahu. So pada sesiapa yang nak beli gelang macam ni beringat lah.

Kalau nak pakai sekadar suka-suka buat tukar-tukar tak ada hal.

Kalau nak beli lepas tu nak jual macam sis ni rugi lah kan.

Lepas itu gelang macam ni tak sesuai nak buat basahan sebab dalam dia kosong, mudah kemek dan bengkok tapi simple dan nice.

nangtime.com - Beli Emas Harga RM3,000, Bila Nak Jual Sebab Perlukan Duit, Baru Tahu Ada Tak Kena

Dengan harga emas yang tinggi, dia menyangka akan memperoleh untung hasil daripada jualan tersebut.

Tetapi sangkaannya meleset, rupa-rupanya di dalam gelang emas tersebut terdapat satu besi yang besar dan berat.

Dalam kesempatan itu juga, dia juga berpesan kepada orang ramai agar membuat pilihan yang betul ketika ingin membeli emas.

Tq share pengalaman ini. Rasanya masih ramai wanita yang masih tak faham tentang emas.

Beli emas kena ada kefahaman ilmu yang betul supaya tak kecewa di hari kemudian.

Beli kerana minat dan beli kerana faham akan memberi impak berbeza.

Emas perhiasan ketulenan nya berbeza beza ikut campuran alloy yang digunakan.

Campuran alloy berbeza juga memberi kelainan dari segi warna.

Emas perhiasan ada kos upah tukang. Sekiranya design nya moden dan sukar, ianya akan menjadi lebih mahal.

Sebab tu bila beli emas perhiasan, tanya berapa harga RM/gram dan berapa RM untuk kos upah barang tersebut.

Emas perhiasan ada juga yang menggunakan besi sebagai penguat struktur (dalam gelang atau spring pengatup).

Oleh itu, kena pandai pilih emas padu. Tetapi lagi padu, harganya pun PADU juga. 🙂

Pilih lah kedai emas yang ada kredibiliti supaya tak ditipu.

Emas perhiasan mempunyai spread yang tinggi iaitu 20 – 25%.

Maksudnya, jika hendak menjual semula emas perhiasan, peratusan tersebut akan ditolak dari harga semasa.

Berbanding dengan emas jongkong atau dinar, spreadnya hanya sekitar 6 – 10%. Bukan bermakna nilai emas tu menurun, ia adalah beza harga jual dan beli.

Maksudnya, untuk emas yang spreadnya rendah, kita hanya perlu menunggu harga emas semasa naik 10% untuk mendapat keuntungan dalam bentuk RM.

Jadi kalau nak dapat untung dalam RM bila kita jual barang kemas, kena pastikan yang harga emas semasa sudah naik melebihi 25%.

(pengiraan ini tak mengambil kira kos upah tukang, juga sekiranya gred emas kurang 916 harga jual semula akan lebih murah dan sekiranya terdapat batu permata juga ianya akan ditolak semasa timbangan dilakukan ).

waAllahu’alam

Sumber: Yasmin Jamil

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *