Hiburan

“Bekas Pramugari” Ramai Puji Isteri Fizo Omar Cantik. Sekali Ini Yang Mawar Komen

PERSOALAN netizen mengenai status Fizo Omar terjawab apabila pengurus aktor itu mengesahkan pelakon berkenaan selamat bergelar suami dalam satu majlis yang diadakan pada pagi Khamis.

Pengurusnya Mimi berkata, majlis diadakan secara tertutup di sebuah lokasi di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang kira-kira pukul 10 pagi.

Mimi bagaimanapun enggan mendedahkan identiti isteri kepada pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu kerana mahu memberi peluang kepada Fizo mengumumkannya sendiri.

Katanya, Fizo akan mengumumkan dan berkongsi maklumat terperinci mengenai perkahwinannya itu dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah pagi semalam (Khamis). Fizo buat majlis secara tertutup hanya famili terdekat sahaja yang datang.

Fazeera berasal dari Sarawak merupakan bekas pramugari.

“Tunggu nanti InsyaAllah Fizo sendiri akan umumkan dan dedah siapa suri hati dia,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sementara itu, hasil carian mStar beberapa laman sosial mendapati isteri Fizo itu dikenali dengan nama Fazeera Nazri.

Tunggu nanti InsyaAllah Fizo sendiri akan umumkan dan dedah siapa suri hati dia

Fazeera yang juga merupakan bekas pramugari sebuah syarikat penerbangan berkongsi dua keping gambar mengenakan baju pengantin dan turut menggunakan gambar profil Fizo berbaju Melayu putih bersama anaknya, Wan Maryam.

Foto pertama yang dimuat naik menunjukkan seorang lelaki (tanpa menunjukkan wajah) sedang menyarung cincin ke jarinya dengan kapsyen Alhamdulillah.

Fazeera yang dipercayai berasal dari Sarawak bagaimanapun menutup ruangan komen pada akaun miliknya itu.

Sama cantik sama padan.

Pada malam Khamis, Fizo berkongsi sekeping foto memakai persalinan baju melayu berwarna putih bersama anak perempuannya di Instagram.

Walaupun tidak mengesahkan tentang khabar gembira itu namun Fizo memberi bayangan dia kini sudah keluar daripada kumpulan selebriti berstatus duda.

Mawar Karim Masuk Komen?

Dalam pada itu,dalam netizan mengucapkan tahniah dan memuji kecantikan isteri baru Fizo Omar, ada satu komen di tinggalkkan yang di percayai dari Mawar Karim

Komen ringkas di satu protal berita tempatan tersebut telah mendapat 699 tanda suka

Untuk rekod, Fizo atau nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar, 36, pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun

Antara komen netizen

“Amboi netizen… lau nk ucap tahniah ucap je la xpyh compare2 dgn yg lama … dri sndri pom muka mcm belacan … jgn sbuk hal org… bia la dia nk kawin ke ap ke doa je yg baik baik… smoga mawar jga dpt jdoh kawin … ”

“Perlu ka compare dgn mawar ? Ishhh laaaa… Doa yg baik2 sudah.. ciptaan allah semua segak2”

“Alhamdulillah ,itulah kita hrpkn dn doa utk semua kekalkn kita dgn pasangan masing2 ,ln shaa Allah ,Aamiin…”

“Mawar pun cantik allah bagi setiap manusia tu semua cantik x ada siapa pun x cantik.

Sumber : limauasamboi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *