Hiburan

Baru Je Kahwin Tiba Tiba Hannah Delisha Tampil Bersuara Luahkan Sesuatu Buat Ramai Yang Sebak. Tak Sangka Sampai Macam Ni Sekali Dia Luahkan

Terdahulu, PERNAH dikatakan sukar memberi kerjasama dengan teman media, pelakon Hannah Delisha tampil menepis tanggapan tersebut.

Ini dengan mengatakan dirinya masih sama dari mula menjejak kaki ke dunia hiburan.

Menurut Hannah, tujuan dia menceburi industri seni untuk menghiburkan peminat dengan hasil kerja yang dilakukan dalam bidang lakonan, nyanyian mahupun perniagaan.

Kata Hannah, dia lebih selesa berkongsi mengenai kerjaya sahaja memandangkan dirinya seorang yang tidak gemar menjual kisah peribadinya kepada umum.

“Dari dahulu sampailah sekarang, saya tak rasa ada perubahan yang besar pun. Saya masih Hannah Delisha yang sama.

Fokus utama saya pun lebih kepada dalam soal kerja sahaja. “Saya nak hiburkan peminat dengan hasil kerja dilakukan.

Baik lakonan, nyanyian atau perniagaan sekalipun. Pada yang kenal saya, tahu diri ini lebih bersikap ‘low profile’.

“Saya pun tak suka nak kecoh-kecoh. Saya pun tak biasa nak kongsi hal peribadi. Kalau saya rasa nak kongsi, pasti saya sedia berbuat demikian.

Begitulah sebaliknya,”

Kata Hannah kepada mStar. Sebelum ini, tindakan pelakon drama siri Cinta Sekali Lagi itu memadam lebih 800 foto dirinya memakai pakaian kurang sopan di laman Instagram menerima pujian daripada warganet.

Rata-rata peminat di laman sosial meluahkan rasa gembira melihat perubahan pelakon berusia 25 tahun itu kini yang lebih mengutamakan kepentingan menjaga aurat.

Dalam pada itu, pelakon kelahiran Singapura ini memberitahu dia sepatutnya ingin memberi tumpuan semula kepada bidang nyanyian.

Namun hasratnya tergendala disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Biarpun terpaksa melupakan hasratnya buat sementara waktu namun Hannah sentiasa terbuka menerima tawaran berlakon yang bersesuaian dengan imejnya terkini.

“Sepatutnya saya nak kembali fokus kepada bidang nyanyian. Tapi ia tergendala sebab situasi semasa.

Malah pada masa sama saya juga akan lancarkan perniagaan baju rekaan modest untuk wanita,

“Bab berlakon kalau ada rezeki lagi, saya berserah. Saya tak pernah bimbang dan risau dengan rezeki saat membuat keputusan bertudung.

Apa yang penting saya akan buat yang terbaik dengan amanah kerja lakonan diberikan.

“Kalau ada tawaran berlakon yang kena dengan penampilan dan perwatakan, saya sedia cabar diri.

Andai dapat lagi tawaran watak antagonis sekalipun sudah bertudung, saya sedia mempertimbangkannya kembali.

“Watak jahat itu tak boleh kita nilai daripada zahir dan penampilan saja. Ada saja wanita bertudung yang boleh pegang watak jahat.

Saya serahkan kepada skrip dan watak,” ujarnya.

“Saya minta maaf sebab memang kurang selesa berkongsi hal peribadi”

Kata pelakon Hannah Delisha mengenai majlis pernikahan dengan suami, Imam Shah di Singapura, semalam.

Hannah, 25, atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne-Birch berkata,

selama ini dia mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi di laman sosial mengenai kisah peribadi.

Malah, untuk majlis pernikahan itu, Hannah dan suami yang juga pelakon di Singapura memilih untuk melaksanakan perkara wajib dahulu.

“Alhamdulillah saya sangat gembira dan bersyukur kepada Allah kerana semuanya berjalan dengan lancar.

Saya memang tak pernah nak muat naik dalam media sosial yang saya bercinta selama ini.

Ini kerana bagi saya, biarlah kita sah dahulu barulah kita nak kongsi. Kita dahulukan yang wajib. Itu yang lebih utama,” katanya.

Terdahulu, pernikahan pasangan itu didaftarkan di Registry of Marriage Singapore atau Biro Lesen Perkahwinan Singapura.

Majlis secara kecil-kecilan yang diadakan di negara kelahiran Hannah itu dibuat secara tertutup dengan hanya dihadiri beberapa ahli keluarga dari kedua pihak saja.

Hannah berkata, dia sudah lama mengenali Imam Shah sejak mereka berlakon bersama di Singapura lima tahun lalu.

“Saya kenal Imam ketika kami menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Faculty di Singapura lima tahun lalu.

“Imam seorang yang sangat penyabar, penyayang dan kelakar.

Dialah yang sebenarnya banyak mendorong saya untuk lebih cenderung ke arah keagamaan.

Alhamdulillah saya sekarang sedikit sebanyak adalah hasil bimbingan Imam juga,” katanya.

Hannah yang juga pelakon drama Tercipta Satu Ikatan memohon doa peminat dan orang ramai.

“Saya pohon semua untuk mendoakan kebahagiaan rumah tangga kami dan teruslah menyokong kerjaya saya.

Majlis bersanding kami akan umumkan nanti. Insya-Allah, kami buat secara bersederhana sahaja untuk keluarga dan teman rapat.

“Mengenai tarikh, saya tak boleh nak beritahu lagi sebab biarlah kes Covid-19 yang sedang menular di seluruh dunia ini tamat dahulu.

Bila keadaan kembali normal, barulah kami akan kongsi tarikh majlis bersanding,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hannah berkata, tahun ini dia fokus kepada bidang nyanyian dan V-Log di YouTube.

“Saya sebenarnya sedang sibuk mempromosikan single terbaru berjudul Terlalu Mudah.

Untuk bidang lakonan saya takkan tinggalkan, cuma akan lebih memilih naskhah yang sesuai dengan penampilan sekarang.

“Saya juga nak cuba rezeki dalam bidang perniagaan pula.

Insya-Allah, tak lama lagi saya akan keluarkan rangkaian pakaian RTW dan Exclusive berjenama Délicia.

Sekarang masih dalam peringkat pemilihan material dan rekaan. Saya jangkakan dalam beberapa bulan lagi akan siap sepenuhnya,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *