“Banyak sungguh benda aku nak muntahkan..” Aku mak dia, habis rosak kereta aku kau panjat

Baru-baru ini, bekas menantu kepada jurulatih bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin yang dikenal sebagai Suzur Sofia telah menyatakan rasa tidak puas hati apabila dirinya dituduh mencuri anaknya.

Berdasarkan Instagram story yang dimuat naik olehnya, dia turut menyatakan dirinya mempunyai hak sebagai ibu kandung dan menyangkal dirinya mengambil anak tanpa pengetahuan bekas suaminya.

Bukan itu sahaja, Suzur juga berkata bahawa anaknya yang baru berumur dua tahun itu perlu ibunya di samping.

Aku culik anak? Gila ke apa? Aku mak dia. Kecoh sangat, aku sebagai ibu kandung, hak anak tak jatuh lagi.

Habis rosak kereta aku kau panjat, calar habis. Aku cabar siapa yang memandai, hadap aku di mahkamah.

suzur

Bukan itu sahaja, ibu kepada dua cahaya mata ini turut berkata bahawa dirinya tidak segan untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada sebarang gangguan kepada dirinya atau anaknya.

Bekas isteri kepada Mohd Zaiza ini turut mengakui bahawa dirinya sudah lama menunggu masa untuk keadilan dan memendam rasa tidak puas hati.

Di hantaran yang lain pula, dia sekali lagi mencabar mana-mana individu yang berniat untuk masuk campur dalam hal keluarganya itu untuk berjumpa dengannya di mahkamah.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *