Hiburan

Asal Kelantan dan ibu tunggal ank satu jadi suri hati Caprice

Biarpun perkahwinan mereka berlangsung secara tertutup tanpa hebahan rasmi, namun tiada lagi rahsia apabila wanita yang menjadi suri hati penyanyi hip-hop, Caprice hari ini merupakan seorang ibu tunggal anak satu berusia 26 tahun.

Wanita berkenaan, Farra Inalis Hussni atau lebih selesa membahasakan dirinya, Elis itu berasal dari Kota Bharu, Kelantan namun menetap di ibu negara.

Elis yang juga usahawan dan mempunyai ramai pengikut di laman sosial mempunyai seorang cahaya mata perempuan yang berusia sekitar tujuh tahun.

Menerusi Instagram, Elis sebelum ini pernah membuat pendedahan sudah enam tahun bergelar ibu tunggal.

Terdahulu, gambar Caprice menyarung cincin ke jari manis pengantin perempuan dikongsi beberapa rakan terdekat menerusi Instagram Story, petang tadi.

Usaha mendapatkan Caprice untuk mendapatkan maklumat lanjut belum berhasil. Pengurusnya Aiman Munier ketika dihubungi meminta pihak media mendapatkan sendiri kesahihan berita tersebut daripada tuan punya badan (Caprice).

Bagaimanapun, Aiman yang kini berada di Langkawi mengakui dikhabarkan mengenai hajat Caprice tiga hari lalu.

“Apa yang saya tahu, sepatutnya pernikahan dilangsungkan di sebuah masjid di Kuala Lumpur, tetapi berdasarkan gambar itu lokasi mungkin ditukar pada saat akhir.

“Saya sendiri dapat gambar mereka (nikah) daripada Azira Shafinaz, bukan Caprice, sebelum berkongsi di Instagram saya.

“Apa yang boleh saya maklumkan, saya pernah bertemu Elis dan dari situ yakin dia mampu menjadi isteri yang baik serta dapat menjaga Caprice dengan sempurna.

“Soal pernikahan mereka, biarlah Caprice sendiri jawab. Setahu saya mereka tidak bertunang, mungkin hantar tanda dalam majlis merisik sebelum ini,” katanya kepada Kosmo! Online.

 

Ditanya sama ada pasangan terbabit sudah lama berkenalan, kata Aiman hubungan mereka tidak terlalu lama atau baharu.

“Saya cuma boleh katakan mereka kenal tak lama, tak terlalu baharu. Tapi mereka memang serasi,” jawabnya yang turut menyatakan tidak berpeluang bertemu penyanyi itu lagi sejak dia pulang dari Jordan.

Difahamkan, Caprice dan Elis hanya mengambil masa tidak sampai setahun untuk mengenali hati budi sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Sumber: Kosmo Online & IG farra_inalis

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *