Dunia

“Apa Yang Mengintai Tu?” Konon Nak Rakam Banglo Besar Cantik Masa Hiking Tapi Nampak Benda Lain

Siapa sangka, nlat seorang wanita merakam kecantikan sebuah rumah akhirnya bertukar menjadi mlsteri selepas terlihat satu wajah manusia berada di salah satu tingkap di rumah berkenaan.

Video pendek ada dibawah yang dimuatnaik ini telah meng.undang pelbagai reaksi daripada netizen.

Penampakan seperti wajah mlsteri

Menurut Rebecca, video tersebut telah dirakam sendiri oleh ibunya ketika dia melakukan aktiviti mendaki.

Ketika dalam perjalanan, ibunya itu ternampak satu rumah besar yang seakan-akan tidak dihuni oleh sesiapa dan kerana rumah berkenaan kelihatan cantik, dia telah merakam persekitaran kawasan tersebut.

Dia kemudian menghantar video itu kepada anak perempuannya, Rebecca untuk mengetahui pendapat anaknya mengenai rumah tersebut.

Tetapi lain pula yang jadinya selepas Rebecca menonton video itu, dia terlihat satu wajah misterl berada di tingkap rumah berkenaan.

Rebecca kemudian  memuatnaik video tersebut di aplikasi TikTok sehingga mendapat hampir 2 juta tont0nan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata daripada netizen mendakwa bahawa kemungkinan rumah tersebut berhantv memandangkan ianya tidak berpenghuni.

Mlsteri terjawab

Salah seorang daripada pengikut Rebecca di TikTok memaklumkan bahawa dia yakin penampakan wajah mlsteri itu sebenarnya adalah kanak-kanak.

Dia turut beranggapan bahawa kemungkinan kanak-kanak itu merupakan mngsa taw.anan orang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, individu terbablt meminta Rebecca untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.

Menerusi video terbaru Rebecca, dia telah pergi ke rumah itu untuk melihat sendiri wajah misteri yang dimaksudkan selain mendapatkan kepastian.

Setibanya di sana, Rebecca berharap agar tiada sesiapa yang telah menghubungi pihak polis. Hal ini kerana penampakan wajah di tingkap itu rupa-rupanya adalah kepala patung mannequln.

Dalam kesempatan itu, Rebecca mem0hon maaf kepada orang ramai kerana telah menlmbulkan keblmbangan.

Kebanyakan daripada netizen berasa terhibur dengan tanggapan mereka sebelum ini. Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa lega kerana segala persoalan mengenai wajah mlsteri itu akhirnya terjawab.

Kredit : Ohbulan/OM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *