Hiburan

“Andai Kata Nak Menyumbang Sekecil-Kecil Pun Jadilah” R M5 Atau R M1, Itu Hanyalah Nilai Di Dunia Tapi Di Sisi AIIah..

Perkongsian peIakon terkenal, Zahiril Adzim memohon jasa baik orang ramai dan pengikutnya bersama-sama membantu menghulurkan sumbangan menarik perhatian ramai.

Status yang dimuat naik di Instagram itu bertujuan meminta sumbangan bagi menampung kos rawatan pelakon muda, Izuan Fitri yang baru sahaja menjalani pembdahan pada bahagian otak akiibat pnyakit t1bi.

Zahiril berkata, dia menitipkan harapan buat warganet agar dapat membantu meringankan beban keluarga adik Izuan untuk menampung kos tersebut menerusi sumbangan walaupun berjumlah RM1 setiap penyumbang.

” Inilah adik Izuan yang saya sebutkan dalam live semalam. Saya ingin mengajak semua yang baca ini untuk bersama-sama membantu perbelanjaan menampung kos berkaitan dengan perubatannya.

” Tanamlah dalam fikiran dan hati, andai kata nak menyumbang sekecil-kecil yang kita mampu RM5 pun jadilah. RM5 dan RM1 itu hanyalah nilai di dunia sahaja, tetapi di sisi Allah mungkin jauh besar dari itu.

” InsyaAllah, dan yang penghalang kita daripada korban sekecil nilai ini adalah bisikan sya1tan,” katanya di Instagram.

Dalam pada itu, pelakon filem Ada Hantu itu juga berkesempatan meminta orang ramai untuk memanjatkan doa buat Izuan agar diberikan kesembuhan seperti sedia kala.

” Kita doakan supaya Allah memberi kesihatan sepenuhnya kepada adik Izuan Fitri, InsyaAllah.

” Bersama-sama kita membantu meringankan beban dengan menyumbang ke akaun Maybank, 562768427214 Maryam Legacy Enterprise,” tulisnya.

Sementara itu, terdapat segelintir komen warganet yang mempersoalkan nombor akaun yang diberikan.

Menurut mereka, nombor akaun tersebut meragukan dan kenapa tidak diberikan nombor akaun peribadi ibu Izuan Fitri.

Menjawab persoalan itu, Zahiril berkata nombor akaun itu milik kakak Izuan Fitri dan pihak TV3 sendiri yang menggunakan nombor akaun tersebut bagi meminta sumbangan.

” Pihak TV3 sendiri yang post nombor account dan pasti pihak TV3 dah semak dengan kakak dia pasal no account tu. Kalau rasa nak bantu InshaaAllah, bulatkan hati ikhlas bantu.” balas Zahiril.

Terdahulu, ibu pelakon remaja, Izuan Fitri terharu apabila ramai menghulurkan bantuan selepas tersiarnya berita kemelut kewangan yang dihadapi bagi membiayai kos perubatan anak yang menjalani pembdahan bahagian otak di Hospital Kuala Lumpur (HKL), awal bulan ini.

Nor Abdul Rani, 57, yang juga ibu tunggal, menerima banyak panggilan termasuk dari pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang prihatin dengan nasibnya.

” Saya tak tahu nak cakap apa… Saya sangat bersyukur dan berterima kasih atas keprihatinan ramai. Tidak sangka ramai yang ambil berat. Rasa sedih pun ada sebab ramai yang menghubungi saya.

” Seperti pagi tadi, selepas kami ke udara di program Borak Kopitiam, ada individu menelefon dan mahu pinjamkan katil khas untuk Adik (panggilan kepada Izuan Fitri) apabila keluar hospital nanti.

” Individu itu mahu meminjamkan katil tanpa apa-apa bayaran. Adik memerlukan katil khas untuk dia berbaring.

” Syukur alhamdulillah, lega sangat apabila ramai yang mahu membantu. Saya bersyukur tindakan bersuara kepada media massa membuahkan hasil positif.

” Terima kasih kepada media yang banyak membantu. Tanpa anda semua, tidak mungkin saya terima bantuan secepat ini,” katanya kepada BH Online.

Berkongsi mengenai bantuan dihulurkan LZS, Nor berkata, lembaga itu akan memberikan kelengkapan diperlukan Adik selepas dibenarkan keluar dari Institut Perubatan Respiratori (IPR).

” Apabila Adik keluar, kami akan sediakan dokumen diperlukan. Selepas itu, barulah LZS akan memberi kelengkapan mengikut apa dimahukan.

” Kemungkinan LZS mahu memberi peralatan bagi proses rawatan dan penyembuhan Adik di rumah. Terima kasih LZS kerana prihatin.

” Sebenarnya, bukan kali ini saja, malah sebelum ini, keluarga anak sulung saya, Nur Indah adalah asnaf yang berdaftar di bawah LZS.

” Jadi, mereka ada rekod kami. Ditambah pula dengan berita yang disiarkan media, LZS menjadi lebih peka,” katanya.

Pada 31 Julai lalu, Izuan Fitri yang juga pelakon filem One Two Jaga dan Munafik dikjarkan ke Hspital Selayang selepas tidak sedarkan diri dan diser4ng saw4n ak1bat batu.k kering atau t1bi.

Sementara itu, Nor sedih melihat kembar Adik, Izuan Fikri yang sentiasa berduka memikirkan nasib adiknya.

Kata Nor, Izuan Fikri yang dipanggil Abang, sering bersedih hingga tidak lalu makan.

” Abang yang banyak menjaga Adik. Dia yang menemani dan menjaga Adik di Hspital Selayang. Saya hanya dapat melihat dari luar bilik sebab pelawat tidak dibenarkan.

” Mereka sangat rapat. Abang mnangis, tak mahu makan disebabkan tertekan melihat keadaan adiknya. Kalau kita masih boleh tersenyum, Abang tidak upaya.

” Jadi, kami merayu agar IPR izinkan Abang menjaga Adik. Alhamdulillah, ujian calitan COVlD-I9 ngatif, jadi Abang boleh teman Adik,” katanya sambil menambah Abang mula menemankan adiknya di IPR.

Sumber : utusan / bharian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *