Keluarga

Aku Alisa, Nenek jaga aku lepas mak ayah meniggal. Di situlah mahkota diriku diambil oleh Anas anak sulong maklong yang aku benci

Kini aku bahagia. Hidup aku bahagia. Aku patut lakukan semua benda ni dari awal untuk rasa bahagia macam ni.

Kalaulah aku sedar dari awal tak perlu rasanya aku menderita selama ini.

Aku Alisa (bukan nama sebenar) dan ini kisah aku. Kisah hitam aku yang tersangatlah perit untuk aku hadap seorang diri.

Aku dijaga oleh nenek ku yang ketika itu berusia 70 lebih selepas kemaatian kedua arwah ibu bapaku.

Nenek pandang muka aku pun tak hingin apatah lagi mahu memanggil namaku. Tidak akan sesekali. Mandi aku dirumah itu hanyalah sekali sahaja.

Makan pun begitu jugak. Oleh kerana itu badan aku tersangatlah kurus dan cengkung. Tidaklah aku meminta ingin makan yang sedap sedap selalu tetapi tipulah keinginan untuk makan yang sedap sedap itu selalu ku impikan.

Kanak kanak kan, makanan boleh buat mereka gembira. Tapi tidak aku. Nasib aku ketika kecil sangat menyedihkan.

Aku hanya menelan air liur sahaja tatkala nenek menggoreng ayam untuk cucu cucu kesayangannya yang datang bercuti di kampung pada musim cuti sekolah. Hatta cekodok kosong pun tidak pernah sekali diberi kepada aku.

Tetapi nenek tetap mengajar aku menjadi orang yang berguna untuk masa hadapan dengan tidak lokek mengajar aku memasak masakan kampung dan kuih muih resipi dari air tangannya.

Makin teruk aku dikerjakan nanti dan aku akan dikurung di bilik mandi usang di belakang rumah untuk dua jam. Itu baru nenek aku. Belum sedara mara dan sepupu aku yang lain.

Aku perkenalkan syaiitan2 yang telah memusnahkan hidup aku sedari aku kecil lagi. Aku punya maklong dan dia punya 4 orang anak dua perempuan dan dua lelaki.

Lelaki tersebut ketika itu tingkatan 3 dan seorang lagi tingkatan 1. Yang perempuan pulak keduanya kembar dan sebaya aku ketika itu 12 tahun.

Maklong aku orang panggil dia Mak Ila. Mulut dia memang longkang habis. Entah apa yang dia benci sangat tengok aku pun aku tak faham.

Walhal dulu ketika masih ada kedua arwah ibu bapaku dia melayan aku dengan baik sekali. Takde nak tengking ke apa.

Hanya kerana aku mencedok sedikit nasi ke pinggan anaknya belakang aku berbirat ibarat aku mencuri barang milik anaknya.

“Kau nak anak aku maati kebulur? Kurus keding macam kau? Hah?! Aku tanya kau jawablah. Jangan sampai aku cucuh lidah kau dengan ubat nyamuk ni!”

Terlihat asap ubat nyamuk yang berhampiran dengan aku, bimbang jika itu yang seterusnya akan terjadi aku cepat cepat menjawab. Tapi dua kali lima sahaja.

Aku malah dirembat dengan penuh asyik. Itu hal anaknya. Hal aku berkenaan dengan hal sekolah pun dia masuk campur.

Sedang nenek aku okay sahaja tentang aku yang masih bersekolah maklong aku menghasut nenek aku yang katanya aku ini hanya membazir duit nenek sahaja dengan menyekolahkan aku. Katanya lagi bukannya aku yang akan membela dia di usianya yang uzur nanti.

Begitu dia benci aku cucu dia yang yatim piatu ini. Tetapi Maklong aku memang dia tak puas hati tengok aku.

Aku mampus depan mata dia baru dia puas agaknya. Pernah suatu hari anaknya yang sedang ulang kaji di rumah masa musim cuti sekolah menjerit memanggilnya dari dalam bilik…

“Ibu! sharpener adik tumpul lah ibu. Asahkan kejap dekat Lisa tu bu. Urgent ni bu.”

Maklong datang bercekak pinggang dan di tangannya dia membawa sebatang pensel yang tumpul. Dia mula tunjuk muka tak puas hati dia dekat aku.

“Kau asah cepat. Anak aku nak guna!”

Aku dengan terkocoh kacahnya menyambut cepat huluran pensel tersebut. Aku jadi kelam kabut mendengarkan suaranya yang bising dan tak henti henti menengking aku hanya kerana sebatang pensel.

Dia datang hanya untuk mengumpat tentang adik beradiknya yang lain dengan nenek aku. Dan banyak kali jugak lah ketika musim hujan,

ada sahaja rancangan dia iatu membiarkan baju sekolah aku kebasahan dek hujan yang semalaman tidak berhenti.

Dan jugak beg sekolah aku yang ada dua tiga buku teks dan sengaja dibiarkannya di dalam sebuah tempayan yang tidak bertutup di hujung halaman rumah.

Aku hanya mampu meratap dari jauh. Nenek tidak membenarkan aku keluar kerana khuatir dalam rumahnya berlecak. Ya. Esoknya aku terlepas peperiksaan akhir tahun.

Dan aku perkenalkan syaiitan durjana yang telah meragut mahkota kesucianku. Ya Allah bertapa traumanya aku di zaman sekolah tinggi dan universiti ketika kejadian hitam ini menghantui aku.

“Kau bagi tahu sesiapa pasal ni memang teruk kau aku kerjakan lebih dari teruknya nenek kerjakan kau. Lagipun sapelah nak percaya cakap kau ni kan.”

Tak semena mena air mata laju mengalir mengenangkan akan nasib aku ketika itu. Ya ada benarnya apa yang Anas katakan tu. Tak akan seorang pun yang akan percaya cakap aku.

“Ikut aku. Ikut aku sekarang!”

Dijadikan cerita ketika itu pukul 8 lebih malam. Maklong mengajak nenek dan yang lain untuk ke pekan membeli barang. Maka disuruhnya Anas menjaga aku di rumah.

Katanya takut aku menghabiskan makanan kegemarannya tenggiri masak cili api. Ya aku ingat lagi ketika ini.

Bergenang mata aku bila dengar nenek aku cakap kat aku macam tu. Ya aku tahu aku ni beban kepada nenek aku yang kena menjaga dan beri makan kepada aku. Dan sebab itulah dia benci aku barangkali.

Aku tak percaya dekat sesiapa dah. Aku tak pernah rasa gembira walau sesaaat. Hidup aku penuh duka dan tangisan. Aku penat menangis.

Aku jadi pendendam dengan semua orang. Aku mula berdendam dengan seorang demi seorang. Aku trauma dengan LELAKI.

Tak cukup dengan itu. Dia memperkenalkan aku dengan dunia P0*N dan disuruhnya aku meniru bulat bulat aksi itu bersama dengannya.

Aku menangis semahunya bila bersama dengan Anas. Anas hanya tertawa kecil dan minta aku relax. Katanya benda sedap kenapa aku menolak?

Aku kena nikmatinya sahaja. Dia cuma nak buat aku sedap. Lagi mengalir air mata aku dibuatnya.

Dia pandai dalam segala hal dan lakonan tentang dirinya. Anas bila bersama dengan maklong dan nenekku dia akan mula berlakon tidak suka dan sumpah seranah aku. Hakikatnya aku sahaja yang tahu.

Kedua kembar itu pun perangai mereka berdua sama sahaja dengan ibunya. Benda yang ditegah itulah yang dilakukannya. Lalu aku yang dipersalahkannya.

Hanya kerana hal sekecil kuman laju sahaja mereka berdua mengadu kepada ibunya. Seakan mengasyikkan sekali bagi mereka melihatkan aku yang diperlakukan tak ubah macam perompak yang memecah masuk rumah mereka.

Ditendang. Ditampar. Ditarik rambut hingga perit kulit kepalaku. Puas sungguh mereka menyaksikan air mataku yang pada mereka hanya drama yang tidak memberi apa makna kepada mereka.

“Astagfirullahalhazim!! Ya Allah! Apa ni Lili?!Lala kau nak jadi apa ni?! Kau tak kesian ke dengan Lisa? Mana hati perut korang dua weh! Ya Allah!”

“Maaf bang. Maaf Lala janji tak buat lagi! Kitaorang janji tak buat lagi! Tapi apesal abang selalu je nak backup perempuan ni? Abang suka dia ehhhhh?”

Lala dan Lili kalau nampak Amar dorang dua memang takut dengan abang nombor dua tu. Amar memang tegas dan garang sehinggakan MakLong Ila pun “takut” akan ketegasan anaknya itu berbanding yang sulung.

Amar alim dan baik orangnya. Amar, dia saja penyelamat nyawa aku tatkala aku berada bersama dengan keluarganya.

Aku berasa selamat jika dia ada dengan aku. Sehinggakan suatu hari itu tatkala aku menginjak remaja iatu ketika aku berusia 16 tahun…

“Sampai bila bila! Amar cukup tak faham dengan nenek dengan ibu ni sampai benci dengan Lisa tu dah kenapa Nek? Bu? Salah dia ke mintak jadi yatim piatu?

Cukup puas. Sangat panjang perjalanan duka aku yang akan aku kongsikan di sini.

Mungkin tiada pengajaran atau motivasi yang terselit dalam kisah aku ini kerana ia lebih kepada perasaan kasihan semata mata

tapi di akhir cerita nanti aku harap kisah aku dapat dijadikan pengajaran kepada semua yang asyik sekali membuatkan hidup seseorang itu derita.

Cukup untuk kali ini. Perjalanan hidup aku masih lagi panjang untuk aku kisahkan di sini hakikatnya aku ingat bulat bulat setiap apa yang jadi pada diri aku sedari aku kecil lagi.

Salam bahagia semua,

Sumber : ekisah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *