Semasa

Ada Pihak Kalut Nak Buat P RU, Sekali Haji Hadi Bagi Nasihat Padv

Marang: PAS tidak bersetuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan pada masa terdekat berikutan peningkatan kes C0vid-19 dan bencana banjir yang semakin bu-ruk di beberapa negeri.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pelaksanaan pilihan raya ketika negara masih bergelut dengan pandemik C0vid-19 dan banjir hanya akan menambah bebanan rakyat.

“Jika nak sangat pilihan raya diadakan, biar selesai dulu masalah penularan C0vid-19 dan banjir.

“Takkanlah ketika penularan C0vid-19 tengah merebak, nak desak kerajaan bubarkan Parlimen untuk membolehkan PRU diadakan,” katanya pada sidang media selepas selesai menyampaikan kuliah Jumaat secara dalam talian di Masjid Rusila, di sini, hari ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika mengulas desakan Umno supaya PRU15 diadakan sebelum suku pertama tahun ini berakhir.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MT) Umno menggesa agar PRU-15 diadakan bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat namun tertakluk kepada keadaan Covid-19.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi tetap dengan pendirian iaitu PAS akan terus memperkukuhkan gabungan Perikatan Nasional (PN) selain mempertahankan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

“Kita sudah bina PN dan usaha untuk memperkukuhkan gabungan itu akan terus dilakukan dan bukannya untuk merobohnya,” katanya

V4ksin C0VID-19 dah ada, segerakan PRU, kata Ahmad Maslan

PETALING JAYA: Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan menyarankan pilihan raya umum ke-15 diadakan secepat mungkin memandangkan vaksin C0VID-19 akan diperolehi Malaysia tidak lama lagi.

Katanya, pilihan raya satu-satunya jalan untuk menyelesaikan ketidakstabilan politik yang disebabkan Perikatan Nasional berpaut kepada kuasa yang disifatkannya “majoriti paling tipis di dunia”.

“Untuk menjadi kerajaan, kena ada 112 (kerusi Parlimen) dan kerajaan ini cuma ada 112. Oleh itu, kita mengesyorkan agar diadakan pilihan raya umum secepat mungkin,” katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pontian.

“Sebab kedua ialah kerana v4ksin C0VID-19 telah ada dan kita akan div4ksinkan pada bulan hadapan.”

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan parti itu dan Barisan Nasional akan bertanding di semua kerusi yang dimenanginya pada PRU 2018.

“Kerusi itu UMNO punya, UMNO akan tuntut balik kerusi itu,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk.

Selepas PRU 2018, 16 Ahli Parlimen UMNO meninggalkan parti itu, menyebabkan ia hanya memiliki 38 kerusi di Dewan Rakyat.

Ahmad berkata, PN tidak boleh menggunakan pand3mik C0VID-19 sebagai alasan untuk menangguhkan pilihan raya kerana kestabilan kerajaan perlu dikembalikan.

“kita harap bukan 111 campur satu lagi, apabila lepas pilihan raya, 111 campur 40 atau campur 50 supaya kerajaan ini stabil.”

Katanya, kestabilan politik penting untuk pengukuhan ekonomi negara.

“Sebelum ini, pelabur yang datang ke Malaysia meletakkan kestabilan politik sebagai sebab utama mereka datang. Sekarang ini, Malaysia tidak ada lagi kestabilan politik sebab mereka (pelabur) keluar dari tempat kita atau mereka tidak singgah langsung pun di Malaysia.”

Perikatan Nasional berkuasa Mac lalu susulan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan selepas Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri.

PHmembentuk kerajaan persekutuan pada 2018, selepas memenangi 121 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat bersama sekutunya di Sabah, Warisan.

Majoriti mudah 112 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan.

Sumber : kecohape

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *