Semasa

“Ada Artis Beritahu Dapat Balik Raya Rentas Negeri” Ini Kata2 Ketua Polis

Semalam, sebuah portal melaporkan Masya berpeluang menyambut lebaran bersama keluarga tercinta di Kulim selepas diberi pelepasan selama empat hari sejak 10 Mei lalu.

Masya mendapat pelepasan pulang ke kampungnya dengan menggunakan tiket ibu bapanya sebagai pasangan jarak jauh.

Ibu Masya menetap di Kuala Lumpur bagi menemaninya semenjak dia mula bergelar artis, manakala bapa, abang dan dua adik lelakinya pula tinggal di Kulim.

Selepas berita tersebut diterbitkan, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan menyifatkan penyanyi itu tidak bertang.gungjawab kerana menggunakan tiket pasangan jarak jauh untuk ibu bapanya.

“Buat pengetahuan semua, ini gambar lama. Tahun ini saya dan keluarga pun tak ada ambil gambar raya.

“Jadi sebelum nak m.aki orang, tahu dulu cerita. Jangan tiba-tiba nak meny.erang siap mem.aki ya. Terima kasih,” tulisnya.

Gambar berkenaan pernah dimuat naik Masya, 21, pada tahun 2019 ketika menyambut lebaran bersama keluarganya di kampung halaman.

Rentas Negeri Bersama Ibu

Polis meny.iasat paparan tular di Facebook mengenai seorang artis remaja wanita yang did.akwa merentas negeri bersama ibunya untuk pulang beraya di sini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, pihaknya mendapati ibu artis terb.abit mendapat kebenaran merentas negeri sebagai pasangan jarak jauh (PJJ) dari ibu negara.

“Kita difahamkan artis terb.abit menggunakan kebenaran merentas negeri ibunya itu untuk pulang berhari raya,” kata beliau pada sidang akhbar di sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) di sini, hari ini.

Terdahulu Azhar bersama anggota dan pegawai polis dari mengadakan pemeriksaan dari rumah ke rumah di beberapa taman perumahan bagi mem.antau pematuhan l.arangan aktiviti  ziarah semoena sambutan Hari Raya Aidilfitri di sekitar Lunas di sini.

Semalam, tular di media sosial mengenai hantaran artis terbabit yang memaparkan dia beraya bersama ahli keluarga di sini.

Sehubungan itu, Azhar berkata, beliau akan mengarahkan pegawainya untuk menjalankan s.iasatan berkaitan i.su tular artis terb.abit.

“Jika ada pelang.garan syarat t.indakan t.egas akan diambil dan setakat ini kita masih lagi menjalankan s.iasatan,” katanya.

Kredit : Utusan / om

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *